Tuesday 21 February 2012

KUTU WANG KERTAS ATAU DINAR EMAS..MANA YANG ADIL DAN LEBIH BAIK?

 kredit utk senduk emas
ASSALAMUALAIKUM..JOM KONGSI INFO


Ramai orang yang suka menyimpan wang dengan cara bermain kutu, iaitu kaedah menyimpan/meminjam wang secara ansuran tanpa dikenakan sebarang interest. Kaedah ini biasanya diamalkan di kalangan orang kampung, cikgu2, pekerja2 kilang, pejabat malah yang tak bekerja juga tidak ketinggalan seperti pelajar2 sekolah dan suri rumah. Jumlah kutipan biasanya dibuat secara bulanan dan amaun ditetapkan mengikut persetujuan bersama dengan seorang daripadanya akan dipersetujui dilantik menjadi ketua. Ketua biasanya bertindak sebagai pemungut dan secara automatik memegang nombor giliran yang pertama.

Betul ke Main Kutu Ni Adil?

Rata-rata orang yang saya jumpa, apabila diajukan soalan adakah simpan atau pinjam wang secara bermain kutu ini adil untuk setiap peserta, pasti jawapan yang diberikan adalah adil. Benarkah begitu? Mari kita kaji perkara ini satu persatu bagaimana yang dikatakan adil itu.

Sebagai contoh, ada 20 orang yang menjadi peserta dan jumlah kutipan bulanan yang dipersetujui antara mereka adalah sebanyak RM100. Jadi, setiap seorang akan mengeluarkan RM100 setiap bulan selama 20 bulan. Peserta akan mengundi sesama mereka bagi mendapatkan nombor giliran. Jadi, setiap peserta akan mendapat sebanyak RM2000 apabila sampai ke nombor giliran mereka. Secara matematiknya, adil bagi setiap orang peserta kerana mereka bayar RM100 setiap bulan selama 20 bulan dan masing-masing menerima RM2000. Jika mereka bermula pada Januari 2010, maka giliran peserta terakhir adalah pada Ogos 2011. Jadi, apabila peserta yang memegang nombor giliran no.1 mendapat RM2000 pada bulan Januari 2010, peserta ke-20 juga mendapat RM2000 pada bulan Ogos 2011. Adakah ini adil? Sekali lagi, secara matematiknya, ianya dilihat adil. Tetapi secara ekonominya, jauh sekali untuk mengatakannya adil. Kenapa? Cuba kita bandingkan harga barang pada bulan Januari 2010 dengan Ogos 2011, adakah harga barang ketika itu sama? Adakah dengan nilai RM2000 pada Ogos 2011 masih boleh membeli barang yang sama dengan nilai RM2000 pada Januari 2010? Inflasi kenaikan harga barang di Malaysia adalah sekitar 4-6% setahun. Jadi, inflasi kenaikan harga barang dalam masa 20 bulan itu (1 tahun 8 bulan) menyamai inflasi sebanyak 8-10%. Ini membuktikan sistem kutu menggunakan wang kertas sama sekali tidak adil di kalangan setiap peserta lebih-lebih lagi antara pemegang giliran No.1 dengan No.20 kerana nilai RM2000 itu semakin berkurang!

Bagaimana Pula Main Kutu Dinar?

Satu lagi kaedah main kutu adalah dengan menggunakan syiling emas dinar sebagai simpanan. Tetapi kaedahnya sedikit berlainan daripada bermain kutu wang kertas. Katakan 20 orang peserta yang menyertainya dan mereka bersetuju untuk menerima 1 dinar apabila sampai ke giliran masing-masing. Pembayaran bulanan pula adalah dipungut mengikut kadar tukaran RM kepada 1 dinar pada harga semasa. Setiap awal bulan, satu 1 dinar akan dinilai dengan kadar RM dan akan dibahagikan kepada 20 orang. Contoh, 1 dinar pada Januari 2010 bersamaan RM580. Jadi, RM580 akan dibahagikan kepada 20 orang, dan setiap peserta perlu membayar sebanyak RM29 pada bulan tersebut. Dan 1 dinar itu akan diserahkan kepada pemegang giliran No.1. Kemudian, pada awal bulan Februari 2010, 1 dinar akan dikunci (lock) dengan kadar RM558. Seperti kiraan pada bulan Januari, peserta perlu membayar sebanyak RM27.90 dan 1 dinar akan diserahkan kepada pemegang giliran No.2. Pada bulan Januari 2011, 1 dinar bersamaan RM650, jadi setiap peserta perlu membayar sebanyak RM32.50 dan pemegang giliran No.13 akan dapat 1 dinar. Begitulah sehingga Ogos 2011. Semua peserta membayar pada kadar yang sama, dan menerima 1 dinar setiap seorang di mana nilai 1 dinar tetap juga 1 dinar pada pemegang giliran terakhir dan 1 dinar pada Ogos 2011 tetap masih boleh digunakan untuk membeli barang pada harga bulan Januari 2010. Bukankah ini lebih adil?

Sekarang, terpulang pada anda untuk mengaplikasikan sistem kutu ini ke arah yang lebih baik. Maaf kerana saya tidak menggunakan perkataan 'membeli dinar' kerana secara hakikatnya dinar adalah matawang sebenar dan dinar tidak boleh dibeli. Jadi saya telah menggunakan istilah 'menukarkan' RM kepada Dinar. Boleh gitu? hehe...
NAK BELI DINAR EMAS 
SMS 0134110175 

No comments:

Post a Comment