Tuesday 21 February 2012

KUTU WANG KERTAS ATAU DINAR EMAS..MANA YANG ADIL DAN LEBIH BAIK?

 kredit utk senduk emas
ASSALAMUALAIKUM..JOM KONGSI INFO


Ramai orang yang suka menyimpan wang dengan cara bermain kutu, iaitu kaedah menyimpan/meminjam wang secara ansuran tanpa dikenakan sebarang interest. Kaedah ini biasanya diamalkan di kalangan orang kampung, cikgu2, pekerja2 kilang, pejabat malah yang tak bekerja juga tidak ketinggalan seperti pelajar2 sekolah dan suri rumah. Jumlah kutipan biasanya dibuat secara bulanan dan amaun ditetapkan mengikut persetujuan bersama dengan seorang daripadanya akan dipersetujui dilantik menjadi ketua. Ketua biasanya bertindak sebagai pemungut dan secara automatik memegang nombor giliran yang pertama.

Betul ke Main Kutu Ni Adil?

Rata-rata orang yang saya jumpa, apabila diajukan soalan adakah simpan atau pinjam wang secara bermain kutu ini adil untuk setiap peserta, pasti jawapan yang diberikan adalah adil. Benarkah begitu? Mari kita kaji perkara ini satu persatu bagaimana yang dikatakan adil itu.

Sebagai contoh, ada 20 orang yang menjadi peserta dan jumlah kutipan bulanan yang dipersetujui antara mereka adalah sebanyak RM100. Jadi, setiap seorang akan mengeluarkan RM100 setiap bulan selama 20 bulan. Peserta akan mengundi sesama mereka bagi mendapatkan nombor giliran. Jadi, setiap peserta akan mendapat sebanyak RM2000 apabila sampai ke nombor giliran mereka. Secara matematiknya, adil bagi setiap orang peserta kerana mereka bayar RM100 setiap bulan selama 20 bulan dan masing-masing menerima RM2000. Jika mereka bermula pada Januari 2010, maka giliran peserta terakhir adalah pada Ogos 2011. Jadi, apabila peserta yang memegang nombor giliran no.1 mendapat RM2000 pada bulan Januari 2010, peserta ke-20 juga mendapat RM2000 pada bulan Ogos 2011. Adakah ini adil? Sekali lagi, secara matematiknya, ianya dilihat adil. Tetapi secara ekonominya, jauh sekali untuk mengatakannya adil. Kenapa? Cuba kita bandingkan harga barang pada bulan Januari 2010 dengan Ogos 2011, adakah harga barang ketika itu sama? Adakah dengan nilai RM2000 pada Ogos 2011 masih boleh membeli barang yang sama dengan nilai RM2000 pada Januari 2010? Inflasi kenaikan harga barang di Malaysia adalah sekitar 4-6% setahun. Jadi, inflasi kenaikan harga barang dalam masa 20 bulan itu (1 tahun 8 bulan) menyamai inflasi sebanyak 8-10%. Ini membuktikan sistem kutu menggunakan wang kertas sama sekali tidak adil di kalangan setiap peserta lebih-lebih lagi antara pemegang giliran No.1 dengan No.20 kerana nilai RM2000 itu semakin berkurang!

Bagaimana Pula Main Kutu Dinar?

Satu lagi kaedah main kutu adalah dengan menggunakan syiling emas dinar sebagai simpanan. Tetapi kaedahnya sedikit berlainan daripada bermain kutu wang kertas. Katakan 20 orang peserta yang menyertainya dan mereka bersetuju untuk menerima 1 dinar apabila sampai ke giliran masing-masing. Pembayaran bulanan pula adalah dipungut mengikut kadar tukaran RM kepada 1 dinar pada harga semasa. Setiap awal bulan, satu 1 dinar akan dinilai dengan kadar RM dan akan dibahagikan kepada 20 orang. Contoh, 1 dinar pada Januari 2010 bersamaan RM580. Jadi, RM580 akan dibahagikan kepada 20 orang, dan setiap peserta perlu membayar sebanyak RM29 pada bulan tersebut. Dan 1 dinar itu akan diserahkan kepada pemegang giliran No.1. Kemudian, pada awal bulan Februari 2010, 1 dinar akan dikunci (lock) dengan kadar RM558. Seperti kiraan pada bulan Januari, peserta perlu membayar sebanyak RM27.90 dan 1 dinar akan diserahkan kepada pemegang giliran No.2. Pada bulan Januari 2011, 1 dinar bersamaan RM650, jadi setiap peserta perlu membayar sebanyak RM32.50 dan pemegang giliran No.13 akan dapat 1 dinar. Begitulah sehingga Ogos 2011. Semua peserta membayar pada kadar yang sama, dan menerima 1 dinar setiap seorang di mana nilai 1 dinar tetap juga 1 dinar pada pemegang giliran terakhir dan 1 dinar pada Ogos 2011 tetap masih boleh digunakan untuk membeli barang pada harga bulan Januari 2010. Bukankah ini lebih adil?

Sekarang, terpulang pada anda untuk mengaplikasikan sistem kutu ini ke arah yang lebih baik. Maaf kerana saya tidak menggunakan perkataan 'membeli dinar' kerana secara hakikatnya dinar adalah matawang sebenar dan dinar tidak boleh dibeli. Jadi saya telah menggunakan istilah 'menukarkan' RM kepada Dinar. Boleh gitu? hehe...
NAK BELI DINAR EMAS 
SMS 0134110175 

Thursday 16 February 2012

TIPS MEMBELI DAN MENYIMPAN EMAS



ASSALAMUALAIKUM WBT..semoga anda sihat dan diberkati..jom cete pasal emas






Mari sama-sama kita lihat.

Jenis emas
Perkara yang paling penting ialah jenis emas yang bakal dimiliki. 
Seeloknya ialah emas fizikal yang boleh di pajak atau jual bila-bila masa di waktu perlu, bukannya akaun emas, saham emas, sijil emas, atau senangnya emas maya tidak elok. Malah ianya tidak jelas hukumnya disisi agama kita islam. 

Emas yang dimiliki ialah emas pelaburan iaitu, sama ada ianya goldbar, gold coin atau dinar kerana kesemua ini memang dicipta khas untuk pelaburan maka susut nilainya adalah kecil.
Manakala emas dalam bentuk barang kemas pula kurang elok kerana susut nilainya adalah besar apabila kita hendak menolaknya di kedai-kedai emas. Ini kerana barang kemas bukan dicipta untuk pelaburan tetapi ianya sebagai perhiasan wanita.

Ketulenan Emas
Ketulenan emas dinilai melalui karat atau 'k'.
Emas paling tulen ialah emas 24k, dan seterusnya 22.8k atau 23k, 22k, 20k, 18k
Semakin kecil karatnya, semakin kurang tulen emas itu. 
Ia juga ada disebut dalam bentuk 3 angka sebagai mewakili peratusan emas dalam sebatian
Emas 999.9 ialah emas 24k, emas 995 ialah emas 23k, 916 emas 22k, 875 emas 20k dan emas 850 ialah emas 18k.

Semakin tulen emas yang disimpan adalah semakin baik.
Emas 24k, 23k dan 22k dikira emas yang paling baik untuk disimpan sebagai pelaburan.

Harga jual
Sebenarnya, harga emas adalah penting untuk dilihat dalam membeli emas, namun ianya bukanlah perkara yang paling penting kerana harga emas ini akan sentiasa naik.
Walaupun begitu, adalah bijak untuk kita mendapatkan harga emas yang murah
Untuk itu, kita kena tahu harga semasa pasaran dunia, harga semasa pasaran tempatan yang ditetapkan oleh FGJAM dan harga-harga emas di banyak tempat yang ditawarkan sebagai perbandingan

Sebagai contoh, sekiranya harga FGJAM dan kedai-kedai emas di Malaysia menjual emas 24k pada harga RM172/g, mengapa kita harus membeli emas 24k yang dijual pada harga RM192/g

Spread
Spread ialah beza harga jual dan beli oleh pihak yang menjual emas kepada pelanggan.
Secara mudahnya, peratusan spread boleh dikira dengan mecari beza harga jual dan beli yang kemudian dibahagikan dengan harga jual tadi serta didarab 100.
Lagi kecil % spread yang kita dapat adalah lagi untung.

Ini kerana, setelah peratus keuntungan ditolak dengan peratus spread jual-beli, maka itulah untung bersih yang kita akan dapat sebelum ditolak zakat sebanyak 2.5% setahun.
% spread adalah sangat penting untuk dilihat dalam membeli emas mengatasi aspek harga emas sebenarnya.
Mudah Dijual balik
Mudah dijual balik maksudnya, sekiranya kita hendak menjualnya selain memajaknya diwaktu terdesak, ianya mestilah mudah dan senang.
Menjual emas kepada sesiapa pun memanglah mudah sebenarnya, tetapi untuk mendapatkan keuntungan yang maksimum, seeloknya menjual emas kita tadi kepada tempat atau orang yang kita belinya.

Emas Poh Kong dijual balik ke Poh Kong, Wah Chan ke Wah Chan, Poh Win ke Poh Win dan Public Gold kepada pihak Public Gold kembali samada dealer atau syarikat itu sendiri.

Stok yang banyak
Jika kita nak menyimpan emas, biasanya waktu harga murah ramai yang ingin beli emas.
Penjual yang hanya menjual sedikit amaun gram emas sahaja diwaktu harga murah adalah tidak elok bagi kita pelabur.

Di waktu harga emas mahal dan tinggi, banyak pula stoknya.
Jadi ini tidak baik untuk strategi pelaburan kita dalam emas.
Oleh itu, memastikan emas yang dibekalkan adalah sentiasa mencukupi dan banyak adalah penting.

Jaminan belian balik 
Emas tulen seperti emas 24k atau emas yang masih lagi lembut seperti emas 23k dan emas 22k sangat senang terdedah kepada pelbagai risiko fizikal seperti kemek, patah, terguris, calar dan bengkok terutamanya pada emas 24k.

Jadi, satu jaminan belian balik oleh pihak penjual emas tadi dari kita adalah sangat penting. 

Ini kerana, walaupun emas itu boleh rosak atau dirosakkan, namun, nilainya tetap tidak berubah asalkan berat dan kualiti ketulenannya adalah sama.

GRAF EMAS HARI INI


 JOM SIMPAN EMAS SEKARANG ..
TAKUT NANTI LAGI TAK MAMPU NA BELI
BERMINAT NA BELI
BERMINAT NA BISNES SMS 0134110175

Sunday 12 February 2012

BISNES BARU MELABUR

SUMBER DARI mohdzulkifli.com


Ada ramai yang tanya saya pasal pelaburan (terutamanya tentang emas), walaupun saya bukanlah orang yang layak bagi nasihat pelaburan. Ada juga yang tanya pelaburan apa yang paling baik. Soalan standard saya ialah kenapa nak melabur? Ada yang jawab sebab nak buat income.
Kenapa Nak Melabur?
Pada saya, pelaburan bukan tempat yang sangat baik untuk buat duit bagi orang kebanyakkan. Pelaburan sebenar hanyalah tempat yang ideal untuk orang kaya-kaya sahaja. Kalau setakat RM20,000, RM30,000, berapa sangat yang kita boleh dapat?
Kalau nak buat duit, lebih baik cari kerja ataupun buat bisnes! 'Return on investment'nya jauh lebih tinggi kalau kita kerja ataupun bisnes.
Habis tu, kenapa saya beli emas? Sebabnya duit tu dah tak produktif. Daripada duit tu tak bergerak dan sentiasa susut dimakan inflasi, lebih baik saya tukar kepada emas. Duit tu memang saya tak pakai dalam masa setahun.
Melabur Sebab Duit Dah Tak Produktif
Dulu masa saya start bisnes main-main, saya keluarkan modal RM400. Bila ada orang order barang, saya guna duit tu untuk beli produk dan hantar pada pelanggan. Dapat untung saya simpan. Dapat lagi untung, saya simpan lagi, lagi dan lagi. Tapi sampai satu tahap, simpanan hasil bisnes main-main saya dah jadi RM7,000.
Lama-lama, saya perasan, bisnes kecil-kecilan saya tak perlukan modal pusingan sampai RM7,000. RM7,000 tu terlalu besar. Duit yang bergerak keluar masuk untuk pusing bisnes cuma RM3,000. Lagi RM4,000 tu memang tak bergerak. Duit tu dah tak efisien lagi...
Melupakan Simpanan Dengan Emas & Perak
So, saya fikir-fikir, daripada duit tu tak bergerak, lebih baik saya campakkan ke tempat lain yang lebih baik. Sebahagiannya saya campak dalam tabung haji untuk dapat dividen, sebahagiannya saya beli silver bar. Dan akan datang, duit extra hasil bisnes, saya akan beli dinar emas, gold bar dan syiling emas.
Kalau lebih RM600 beli emas, kalau lebih RM1,000 - RM4,000, beli gold bar ataupun syiling kijang emas. Itulah lebih kurang plan saya untuk akan datang.
Kenapa asyik nak beli emas dan perak? Sebabnya, saya nak lupakan duit tu. Ia adalah simpanan untuk dilupakan. Salah satu sebab kenapa orang kaya jadi kaya ialah dia simpan duit secara konsisten, dan duit tu tak diusik-usik.
Melabur Jangka Panjang dan REAL Property
Dan saya perhati, memang itulah cara orang bisnes buat. Bila duit bisnes dah melimpah ruah, dia akan campakkan duit tu dalam pelaburan. Dan apa yang Chef Li bagi tau, kebanyakkan "jutawan senyap" suka melabur dalam real property dan pelaburan bersifat jangka panjang. Ada duit beli rumah (untuk disewakan), beli tanah, beli lot kedai dsb. Kalaupun mereka beli saham, mereka akan beli untuk jangka panjang. Bukannya beli hari ni, esok jual.
Orang bisnes melabur bukan sebenar-benarnya untuk buat duit, tapi sebabnya duit tu dah tak lagi efisien untuk pusing bisnes mereka. Itu benar-benar duit lebihan, bukan duit yang nak pakai sehari dua.
Jadi, kalau nak melabur sebab nak buat duit, saya rasa ianya tak berbaloi. Sebabnya, pelabur sebenar melabur lepas mereka buat duit dari bisnes. Berbisnes dulu baru melabur...
Wallahu a'lam.

Wednesday 1 February 2012

TUKAR EMAS LAMA KEPADA PRODUK PUBLIC GOLD


PROMOSI..PROMOSI ..PROMOSI
TAWARAN SAH DARI 1 FEB-29 FEB 2012

Peluang terbaik untuk trade in-menukar gold bar yang anda miliki (apa jua jenis) dengan jongkong emas/silver keluaran Public Gold!~ Jika sebelum ini anda membeli emas yang menawarkan BUYING BACK PRICE yang sangat rendah inilah masa terbaik untuk bertindak.

Kelebihan:
  1. Public Gold membeli emas x-brand (jongkong @ barang kemas gred 999.9 (24 karat) pada harga per gram PG BUY 10 gram.
  2. Public Gold membeli emas x-brand (jongkong @ barang kemas gred 916 (22 karat) pada harga per gram PG BUY i-series 10 gram.
  3. Jika anda menukar 15 kilogram emas x-brand kepada emas Public Gold, anda memenangi satu (1) tiket percutian ke Cape Town, South Africa tahun depan.
  4. Harga yang ditawarkan sangat tinggi jika dibandingkan dengan harga yang diambil oleh kedai emas yang lain.
  5. Pemegang x-brand boleh menjadi authorized dealer Public Gold jika jumlah melebihi RM20,000
  6. Public Gold mempunyai spread terendah di Malaysia
  7. Guaranteed buy back!
CONTOH PETUKARAN

BUKTI SPREAD PG YANG RENDAH

PRODUK-PRODUK YANG BOLEH DITUKAR


GOLD BAR

1DINAR

I-SERIES

D-SERIES BARANG KEMAS BERDESIGN MENARIK


SILVER BAR..KENAIKAN HARGANYA LEBIH TINGGI DARI EMAS

BERMINAT HENDAK BELI DAN TUKAR
SMS 0134110175