Sunday 12 February 2012

BISNES BARU MELABUR

SUMBER DARI mohdzulkifli.com


Ada ramai yang tanya saya pasal pelaburan (terutamanya tentang emas), walaupun saya bukanlah orang yang layak bagi nasihat pelaburan. Ada juga yang tanya pelaburan apa yang paling baik. Soalan standard saya ialah kenapa nak melabur? Ada yang jawab sebab nak buat income.
Kenapa Nak Melabur?
Pada saya, pelaburan bukan tempat yang sangat baik untuk buat duit bagi orang kebanyakkan. Pelaburan sebenar hanyalah tempat yang ideal untuk orang kaya-kaya sahaja. Kalau setakat RM20,000, RM30,000, berapa sangat yang kita boleh dapat?
Kalau nak buat duit, lebih baik cari kerja ataupun buat bisnes! 'Return on investment'nya jauh lebih tinggi kalau kita kerja ataupun bisnes.
Habis tu, kenapa saya beli emas? Sebabnya duit tu dah tak produktif. Daripada duit tu tak bergerak dan sentiasa susut dimakan inflasi, lebih baik saya tukar kepada emas. Duit tu memang saya tak pakai dalam masa setahun.
Melabur Sebab Duit Dah Tak Produktif
Dulu masa saya start bisnes main-main, saya keluarkan modal RM400. Bila ada orang order barang, saya guna duit tu untuk beli produk dan hantar pada pelanggan. Dapat untung saya simpan. Dapat lagi untung, saya simpan lagi, lagi dan lagi. Tapi sampai satu tahap, simpanan hasil bisnes main-main saya dah jadi RM7,000.
Lama-lama, saya perasan, bisnes kecil-kecilan saya tak perlukan modal pusingan sampai RM7,000. RM7,000 tu terlalu besar. Duit yang bergerak keluar masuk untuk pusing bisnes cuma RM3,000. Lagi RM4,000 tu memang tak bergerak. Duit tu dah tak efisien lagi...
Melupakan Simpanan Dengan Emas & Perak
So, saya fikir-fikir, daripada duit tu tak bergerak, lebih baik saya campakkan ke tempat lain yang lebih baik. Sebahagiannya saya campak dalam tabung haji untuk dapat dividen, sebahagiannya saya beli silver bar. Dan akan datang, duit extra hasil bisnes, saya akan beli dinar emas, gold bar dan syiling emas.
Kalau lebih RM600 beli emas, kalau lebih RM1,000 - RM4,000, beli gold bar ataupun syiling kijang emas. Itulah lebih kurang plan saya untuk akan datang.
Kenapa asyik nak beli emas dan perak? Sebabnya, saya nak lupakan duit tu. Ia adalah simpanan untuk dilupakan. Salah satu sebab kenapa orang kaya jadi kaya ialah dia simpan duit secara konsisten, dan duit tu tak diusik-usik.
Melabur Jangka Panjang dan REAL Property
Dan saya perhati, memang itulah cara orang bisnes buat. Bila duit bisnes dah melimpah ruah, dia akan campakkan duit tu dalam pelaburan. Dan apa yang Chef Li bagi tau, kebanyakkan "jutawan senyap" suka melabur dalam real property dan pelaburan bersifat jangka panjang. Ada duit beli rumah (untuk disewakan), beli tanah, beli lot kedai dsb. Kalaupun mereka beli saham, mereka akan beli untuk jangka panjang. Bukannya beli hari ni, esok jual.
Orang bisnes melabur bukan sebenar-benarnya untuk buat duit, tapi sebabnya duit tu dah tak lagi efisien untuk pusing bisnes mereka. Itu benar-benar duit lebihan, bukan duit yang nak pakai sehari dua.
Jadi, kalau nak melabur sebab nak buat duit, saya rasa ianya tak berbaloi. Sebabnya, pelabur sebenar melabur lepas mereka buat duit dari bisnes. Berbisnes dulu baru melabur...
Wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment