Saturday 31 December 2011

HARGA EMAS TURUN NAIK...

Harga Emas Turun Naik.....Patut beli ke tidak..

Kalau masa harga emas menaik saja dan pernah mencecah USD 1920, orang akan sentiasa merungut sebab tak berkesempatan membeli emas pada masa harga rendah.

Ada yang duduk berjam-jam depan laptop dengan harapan menunggu harga akan turun. Kalau ada rezeki harga turun boleh la beli. kalau tidak samada tunggu lagi atau terus aje beli.

Dan sekarang ( 31st Dec 2011) harga agak rendah iaitu sekitar USD 1566 perounce.
Ada juga orang yang masih lagi teragak-agak hendak beli....

Sebab apa?

Berdasarkan observation dan feedback yang saya dapat, situasinya adalah seperti di bawah.

1. Tak berani beli lagi sebab risau harga akan akan turun lagi dan lagi
2. Taknak beli lagi sebab nak tunggu harga rendah lagi.

Untuk situasi no 2 , tak apa lagi la sebab dah ada niat nak beli ,cuma nak nak tunggu masa terbaek aje untuk membeli, jadi dengan ilmu dan info yang dapat mungkin ada rezeki dapat beli pada level yang paling rendah.

Tapi untuk situasi no 1, anda akan melakukan kesilapan besar kalau masih lagi teragak-agak, sebab harga akan naik semula dan tidak mustahil akan mencecah semula USD 1920.

Dan pada masa harga dah naik yang tinggal hanyalah penyesalan.

Beli emas tak rugi sebab emas adalah penyimpan nilai yang terbaek. Nilai tinggi emas itu tetap kekal dan mempunyai permintaan yang tinggi. semua orang mahukan emas, semua orang yakin dengan emas, jadi sudah pastilah nilai emas itu sentiasa ada.

Jadi apa yang patut anda buat, pejam mata dan beli dan simpan, insyallah dalam masa setahun anda sudah dapat hasilnya.

Beli emas Untung
Simpan emas Untung,
Jual emas pun Untung.

Bertindak lah sekarang dengan membeli emas pertama anda ataupun menambah stock emas anda.

Maklumat lanjut boleh la menghubungi 013-41110175

Tuesday 13 December 2011

PUBLIC GOLD ADALAH PLATFORM BAGI PELABUR EMAS DAN PERAK

sumber dari pelabur jutawan


Alhamdulillah, Syukur ke hadrat Ilahi kerana masih diberi kesempatan untuk berkongsi sedikit ilmu dan panduan pelaburan emas fizikal kepada para pembaca sekalian.

Saya kira para pengunjung blog ini, dealer2 dan rakan2 yang pernah berjumpa ataupun menghadiri seminar2 saya telah sedia maklum yang saya adalah seorang Pelabur Emas & Perak fizikal yang memilih produk emas dan perak keluaran Public Gold sebagai produk pelaburan saya.



Minat dan kesungguhan saya dalam bidang pelaburan bermula sejak di bangku sekolah lagi, dan itulah Passion utama saya, sehinggakan saya sendiri sebenarnya tidak pernah bercita-cita untuk menjawat sebarang jawatan ataupun kerjaya melainkan dengan menjadi seorang pelabur sepenuh masa.

Dan sejak saya berusia 21 tahun, saya mula melibatkan diri dalam pelbagai bentuk pelaburan dengan tujuan untuk mempelajari selok belok, strategi, jenis2 dan konsep2 pelaburan yang baik bagi mencapai matlamat Financial Freedom di usia muda.

Sehingga ke hari ini, saya telah melibatkan diri secara serius dalam bidang pelaburan ini selama kira2 5 tahun dan kini saya seorang pelabur sepenuh masa dengan pendapatan bulanan dari pelbagai  bentuk pelaburan termasuk di bidang pertanian, hartanah, unit amanah dan juga komoditi fizikal emas dan perak.

Sebagai seorang pelabur yang sememangnya serius dalam bidang ini, saya mempunyai beberapa garis panduan utama yang menjadi asas pertimbangan ketika membuat pemilihan syarikat yang menjual / mengeluarkan komoditi emas dan perak fizikal ini, kerana mereka juga sebenarnya berperanan untuk mempengaruhi untung dan rugi saya dalam pelaburan ini.


Ianya adalah:

1- Pemilihan jenis dan variasi produk yang bersesuaian.





Sebagai produk pelaburan, variasi emas yang menjadi pilihan perlulah bersesuaian dengan matlamat seseorang dalam membuat pelaburan. Justeru, variasi pilihannya perlulah memiliki bentuk, berat serta ketulenan yang sama agar rancangan pelaburan kita dapat diurus dengan baik.

Dalam konteks ini, emas perhiasan wajar diabaikan kerana ianya tidak memiliki berat, saiz dan ketulenan yang standard.

Di Public Gold, saya mempunyai pilihan variasi produk yang banyak untuk disesuaikan dengan matlamat dan tujuan pelaburan saya, sekaligus ianya membantu untuk memaksimumkan keuntungan dan meminimumkan kerugian.


2- Harga yang kompetitif dan selaras di pasaran antarabangsa. 



Disebabkan emas dan perak bukanlah barang kawalan, justeru penetapan harganya adalah bergantung kepada si penjual, dan sekiranya si pelabur tidak tahu apakah justifikasi penetapan harga yang digunapakai oleh si penjual, ianya amat membahayakan posisi seorang pelabur kerana nisbah diantara kadar risiko kadar keuntungan (Risk Reward Ratio) sukar ditetapkan disebabkan ia tertakluk kepada manipulasi harga oleh si penjual.

Sebagai pelabur, yang menjadi perbandingan utama saya bukanlah "Harga Jualan" emas tersebut, sebaliknya "Harga Belian" baliknya yang perlu saya beri keutamaan kerana keuntungan saya ditentukan ketika saya jual, bukan ketika saya beli. 

Di Public Gold, harga jualan dan beliannya amat transparent kerana ianya berpandukan kepada harga semasa yang dipaparkan secara Live oleh www.kitco.com, dan Public Gold juga mengemaskini harganya setiap 20 minit sekali mengikut harga semasa di pasaran antarabangsa dan ianya memberikan kelebihan kepada Pelabur untuk membeli dan menjual semula dalam jangkamasa pendek dan sederhana. 


3- Kadar Spread yang kompetitif.

Kadar spread memainkan peranan yang agak penting kerana spread yang besar akan menyebabkan keuntungan si pelabur sedikit dan lambat untuk mencapai tempoh Breakeven (Balik Modal).

Spread yang kompetitif adalah sekitar 4-6% dan kadar spread yang melebih 10% adalah kurang sesuai untuk dijadikan sebagai produk pelaburan.

Di Public Gold, kadar spread yang dikenakan hanyalah sekitar 4.5 - 8% sahaja, dan dengan menjadi Dealer, si pelabur dapat menikmati kadar spread serendah 2 - 5.5% sahaja!


4- Faktor Kecairan



Sebagai pelabur, untung atau rugi cuma akan saya ketahui apabila emas itu telah dijual (bukan apabila ia telah digadaikan). Bermakna, walaupun emas itu dibeli ketika harganya murah, namun ia belum dijual lagi, maka ianya masih belum boleh dikatakan sebagai untung.

Justeru, jika emas yang saya beli sukar untuk dijual, perlu mencari customer untuk mrmbelinya, perlu dilelong dan berlawan harga untuk mendapat keuntungan, bermakna ia sukar dicairkan sekaligus akan menyebabkan keuntungannya sukar diperolehi.

Dan sebagai seorang pelabur, amat berisiko besar sekiranya mereka cuma tahu membeli emas tetapi tidak tahu adakah si penjual tadi akan menjamin belian balik dan berkemampuan untuk membeli balik, kerana jika saya tidak pasti bagaimana mahu menjualnya, maka saya juga tidak pasti samaada saya boleh untung ataupun tidak dengannya. Kerana itu saya tidak akan membeli emas terutamanya berbentuk barangan kemas yang dijual oleh orang perseorangan.

Di Public Gold, kemampuan mereka untuk membeli balik produk jualan mereka telah teruji sepanjang 3 tahun  perniagaannya, bahkan promosi pada bulan Disember ini mereka turut menawarkan harga terbaik untuk membeli sebarang bentuk dan jenis emas tidak kira siapa pengeluar dan penjualnya.

Bermakna, bukan sahaja mereka mampu untuk membeli balik produk mereka, bahkan produk syarikat lain juga!


5- Faktor Mudah Cair

Faktor ini juga amat penting kerana ianya akan menentukan samaada emas yang dibeli itu mudah atau tidak untuk dijual semula kepada si penjual. Tidak berbaloi rasanya hanya untuk menjual sekeping emas, saya terpaksa memandu dari kuala lumpur ke Pulau Pinang disebabkan syarikat si penjual tadi hanya ada satu sahaja di sana.

Jadi, sebagai seorang pelabur saya mahukan tahap kemudah cairan yang tinggi agar saya boleh menjualnya semula kepada syarikat ataupun wakilnya (asalkan harga belian balik sama).

Bermakna saya tidak perlu bimbang jika saya pergi kemana saja di seluruh Malaysia dan tiba-tiba memerlukan sejumlah tunai dan ingin menjualkan emas yang ada, bahkan saya juga boleh mencadangkan kepada rakan2 atau saudara-mara saya yang ada di mana2 agar membuat pelaburan emas kerana mereka boleh membeli dan menjualnya semula dengan mudah.

Setakat ini, tahap kemudahcairan untuk produk Public Gold adalah yang tertinggi disebabkan mereka mempunyai 14 cawangan di setiap negeri termasuk Sarawak, dengan tambahan 3 cawangan lagi di sekitar Lembah Klang dan bukan itu sahaja, Dealer2 Public Gold juga telah mencecah seramai 17,000 di seluruh Malaysia.

Ini bermakna saya boleh menjual semula produk2 Public Gold dengan mudah samaada terus kepada Public Gold atau pun kepada Dealer2 yang berhampiran. Disebabkan cawangan syarikat yang banyak, permintaan untuk belian balik emas Public Gold dari Dealer2 amat tinggi kerana mereka juga boleh menjual semula kepada Public Gold dengan mudah pada bila2 masa sahaja.


Kenapa saya memilih Public Gold? kerana saya adalah seorang PELABUR dan Public Gold adalah platform terbaik bagi pelaburan emas dan perak fizikal di Malaysia bagi seorang Pelabur seperti saya.

ANSURAN EPP VS LOAN ASB


sumber dari publicgold sarawak
Assalamualaikum semua,
Melihatkan tajuknya saya rasa anda automatik ingin tahu perbandingan secara calculation dan penerangan terperinci bukan. Ok kita fast forward..
Kebiasaannya bila saya buat simpanan urusan di kaunter bank, pegawai bank  selalunya bertanya “Encik, Tak nak apply ASB loan ke?” Saya selalu jawab, “Tak apa lah dulu biar saya simpan sendiri.”
Yang sebenarnya saya rasa tak mampu nak servis loan lagi kerana cashflow baru saja jadi positif setelah pengstrukturan semula kewangan. Ambil loan baru bermakna nak masuk ke negative cashflow semula dan mencekik leher sendiri.
Satu pekara lagi adalah kadar faedah ASB loan pada ketika itu pada saya agak tinggi. Beza antara kadar faedah ASB Loan dengan kadar dividend ASB rasanya amat sikit sangat. Margin pulangan adalah rendah jika dibandingkan dengan risiko yang perlu diambil. Tak di tolak dengan kenaikan harga barang lagi (baca 3-4% Inflasi). Rasanya dah memang confirm memang jadi negative cashflow.
Baru-baru nie setelah kadar BLR turun saya ada terjumpa brocure ASB loan dari Maybank yang pada saya agak menarik perhatian. (Download Brochure)
Saya banyak surf internet mengenai ASB loan ini. Ada yang pro, ada yang kontra. Ada bermacam kaedah pengiraan dan simulasi membandingkan cara menggunakan ASB Loan dengan cara simpan sendiri. Ada yang kata ASB Loan lebih untung dan ada yang kata simpan sendiri lebih untung.
Apa pandangan anda ? Simpan sendiri lebih baik atau guna ASB loan ini ?.. Jawapannya.. terserah kepada anda sendiri. Setiap orang punya matlamat dan keperluan masing-masing. Mungkin lebih baik anda simpan sendiri dan mungkin bagi yang lain adalah lebih baik menggunakan ASB loan ini.
Izinkan saya kongsikan sedikit pandangan saya. ASB Loan ini hanyalah salah satu “alat” kewangan. Dah namanya alat kita mesti tahu macam mana untuk menggunakannya. Kalau silap cara penggunaaan sesuatu alat itu mungkin akan makan tuan sendiri.
Robert Kiyosaki dan Azizi Ali ada menyatakan mengenai “Good Debt” dan “Bad Debt”. “Good Debt” adalah satu hutang yang kita ambil tetapi akan menambahkan aliran tunai kedalam poket kita manakala “Bad Debt” adalah hutang yang kita ambil tetapi hanya menyebabkan tunai keluar dari poket kita.
Dari brochure ASB Loan ini ada jadual bayaran bulanan. Dari jadual tersebut jika kita ambil contoh RM100,000 loan untuk tempoh 20 tahun bayaran bulanan adalah sebanyak RM658 sebulan.
Dalam pelaburan semestinya kita memerlukan modal. Untuk ASB loan ini, bayaran installment selama setahun saya kira sebagai modal kerana ASB hanya membayar dividen setahun sekali maka pada tahun pertama kita harus keluarkan wang dari poket sendiri. Dengan bayaran bulanan RM658 bermakna modal yang perlu adalah sebanyak RM658 x 12 bulan iaitu  RM 7,896.00
Dengan positif cashflow, bermakna installment untuk loan tersebut bagi tahun kedua dan seterusnya kita tak perlu bayar menggunakan wang poket sendiri tetapi dibayar dengan menggunakan wang dividen ASB sendiri. Setelah tamat tempoh 20 tahun nanti Sijil ASB bernilai RM100,000 akan jadi milik kita sepenuhnya. Labur RM7,896 dan 20 tahun kemudian kita dapat pulangan RM100,000 atau pun lebih kurang 13.684 kali ganda.
Jika modal RM7,896 tersebut kita masukkan dalam ASB dan biarkan keuntungannya dilaburkan semula selama 20 tahun iaitu dengan menggunakan compounding effect hasilnya adalah seperti dibawah….
Setelah 20 tahun nilai pelaburan sebanyak RM7,896 akan menjadi RM 36,802.92 iaitu lebih kurang 4.66 kali ganda. Nampaknya melabur menggunakan ASB Loan ini memberi pulangan yang lebih tinggi tetapi harus juga kita fikirkan risikonya.
Risiko ASB Loan
High risk, High return… nak untung lebih kita mesti berani amik risiko yang lebih. Untuk ASB Loan nie ada beberapa risiko yang saya nampak:
  1. Jika kadar BLR naik menyebabkan interest loan lebih tinggi dari dividen ASB. Pelaburan ini mungkin menjadi negative cash flow.
  2. Loan ini akan masuk rekod CCRIS kita menunjukkan kita banyak hutang. Mesti jadi great paymaster biar rekod CCRIS cantik.
  3. Harus bayar loan tiap bulan jika tidak akan dikenakan late payment penalty sebanyak 1% dari jumlah tertungak. Agak banyak jugak tu.
  4. Lock in Period selama 5 tahun. Paling kurang kita mesti maintain loan ini selama 5 tahun untuk mengelakan exit fee yang agak tinggi.
Dari web site RHB exit fee adalah seperti berikut
  • First 2 years: 3% of approved loan amount ie RM3000 jika loan sebanyak 100K
  • 3rd to 5 year: 1% of approved loan amount ie RM1000 jika loan sebanyak 100K. However, No Exit fee if settled using own funds.
Fikirkanlah segala risiko sebelum menggunakan “alat ini”. Bagi saya segala risiko yang saya nyatakan di atas adalah di bawah kawalan diri kita sendiri kecuali risiko no 1. Bagi saya selagi pulangan dividen ASB boleh membayar loan tersebut ia boleh diteruskan tetapi jika merugikan baiklah kita berhentikan. Take only Good Debt.
Ingin saya nyatakan, saya hanya berkongsi analisa dan pandangan sendiri mengenai ASB Loan ini. Bukannya menggalakkan anda memohannya. Ukur dengan kemampuan dan disiplin diri sendiri serta risikonya sebelum membuat keputusan menggunaan alat ini atau tidak.
  • Tak tolak kenaikan kadar inflasi + zakat lagi..
Kadar keuntungan ASB semakin susut
Easy Payment Purchase (EPP) membeli emas
  • Pembelian emas secara ansuran selama 4 bulan. (25% dari jumlah harga emas pada setiap bulan).
  • Contoh: Pembelian 1 Dinar beharga RM800. Kadar admin fee di caj adalah 0.5% dari RM800 iaitu RM4 sahaja.
Continue Reading … Easy Payment Purchase (EPP) method 
Ok, saya bagi contoh pengiraan pembayaran EPP dengan Public Gold…..
Jika pembeli membeli ingin membeli Bar emas 10 gram…
            Harga sekarang         = RM1,885.00
            Admin fee 0.5%          = RM9.43
            Bayaran ansuran  pertama      = RM471.25 + RM9.43
            Bayaran bulanan kedua dan seterusnya = RM471.25
  • Jadi pada bulan pertama iaitu bulan pembelian dibuat pelanggan hanya perlu membayar amaun sebanyak:
  • RM471.25 + RM9.43 (admin fee) = RM480.68
  • Bulan berikutnya, pelanggan hanya perlu membayar RM471.25 sahaja.
  • Setelah pembayaran selesai dibuat, barulah pihak Public Gold akan memberikan emas kepada anda..
  • Mudah kan??? Sekurang-kurangnya, dapat meringankan beban pelanggan yang berminat membeli emas…
10 gram purity 999.9 (24 karat)
Kelebihan Easy Payment Purchase (EPP)
  1. Dengan modal sekitar RM400 – RM500 sebulan anda dapat memiliki sekurang-kurangnya 30 gram emas 999.9 pada setiap tahun! (Zakat emas belum dikenakan kerana masih kurang dari kadar nisab iaitu 85 gram)
  2. Kenaikan harga emas secara purata sekitar 20% setahun!
  3. Kaedah ini anda membolehkan anda bebas hutang!
  4. Kenaikan harga emas tak perlu tunggu 31 December pada setiap tahun.. Anda boleh monitor sepanjang bulan dan boleh decide nak jual balik anytime as long harga jual balik sudah melepasi harga belian anda dulu =)
  5. Suami isteri pakat seorang keluar modal RM200 – 250 seorang setiap bulan.. Lebih mudah nak beli emas ..
Another option terbaik EPP adalah 1 dinar - RM200 sebulan!~