Tuesday 29 November 2011

DEALER RANGKAIAN EMASBARPUBLICGOLD

ASSALAMUALAIKUM..
syukur kehadrat ilahi dengan rahmat dah rezeki limpahan-Nya
alhamdullilah  rangkaian EMASBARPUBLICGOLD telah mempunyai  DEALER sebagai rakan kongsi..
sesiapa yang berminat hendak membeli boleh menghubungi mereka

1. AZMI BIN ABDUL AZIZ
PG 016589
 ( BUKIT GANTANG)

                                                   
   ROHANA BINTI ESA
      PG 016736 A10920
        (LUNDU,SARAWAK)
         0197277207
3. AZIZAH BINTI JABAR
PG 016594 A10922
(JEMPOL,N.SEMBILAN)
azizahjabar@yahoo.com

4. SYAMSYUL SYAHAR BIN SUNDI@SUANDI
PG016765  A 10940
0194777351
(ALOR SETAR)


5. MORSIDAH BINTI SULIMAN
PG016783  A10952
(BNDR DATO' ONN)
019-7281167


6.ZAMNIZAM BIN ABDULLAH SUHAIMI
PG016946
(KUCHING)



7.IZAHAYU BINTI ISHAK
A 11478
(ALOR STAR)
0129764722

8.HASHIM BIN HAMZAH
0125005442
(KAMUNTING)

9.SURIYATI BINTI YAHYA
0137333033
(PASIR GUDANG)


10.ROSLINA BINTI MOHD SIDEK
0199592097
(KUANTAN)


11.ROHANI BT ESA

(KLUANG)








semoga ramai lagi yang akan mengikuti langkah bijak mereka menukarkan simpanan wang kertas kepada simpanan emas..insyallah

Saturday 26 November 2011

DINAR EMAS DULU DAN KINI

Dulu seekor kambing dapat dibeli dengan sekeping dinar.Tapi,berapakah agaknya nilai wang kita pada masa sekarang ini,untuk seekor kambing pada zaman dahulu?Yang pastinya,harga seekor kambing semakin mahal dari hari ke hari.Ianya berkadaran dengan harga sekeping dinar.
Saya sempat membeli dinar PD (Public Dinar) dengan harga sekitar RM540,tapi sekarang dah tak dapat harga ini.Harga tertinggi baru-baru ini telah cecah RM800 lebih.Dan harga terkini adalah sekitar RM788.Dijangkakan pada tahun 2015,harga emas akan 2 kali ganda harga sekarang,bermakna ia akan cecah lebih kurang RM1500-RM1600!
Jika anda atau kenalan/saudara mara anda tidak yakin dengan emas,minta mereka mulakan dengan sekeping dinar.Dan nanti bila dah pegang,pasti mereka akan rasa teruja kerana harganya makin naik (untuk jangka masa panjang)
Atau boleh cuba tip ini.Jika ada kawan/saudara mara pinjam duit anda,minta mereka bayar balik menggunakan emas,sama ada dinar atau bar.Saya yakin,pasti mereka akan jatuh cinta untuk membuat simpanan emas.Kalau anda dealer emas,pasti anda akan mendapat habuannya.Apatah lagi jika mereka membantu mempromosikan anda dengan cerita dari mulut ke mulut.Tip ini saya dapat idea dari seorang kawan yang memang sudah praktikkannya dan hasilnya memang menakjubkan!

Sila teruskan bacaan anda dengan artikel yang diambil dari Harakah ini :

|

KOTA BHARU, 10 Ogos: Langkah Kerajaan Kelantan memperkenalkan Dinar dan Dirham sebagai aset untuk rakyat di negeri ini menabung merupakan jalan yang tepat apabila satu dinar yang dilancar empat tahun lalu bernilai RM323 hari ini meningkat RM809. Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa, berkata peningkatan itu merupakan sejarah dalam  kenaikan harga emas dunia.
Beliau berkata demikian kepada media selepas mesyuarat exco di sini sebentar tadi.
Menurutnya, harga emas pasaran dunia pula hari ini meningkat kepada USD1,723 dan ianya merupakan satu sejarah dalam kenaikan harga emas.
“Mana-mana masyarakat yang sebelum ini membeli emas mendapat keuntungan yang besar dan rugi sekiranya tidak berbuat demikian bagi mereka yang mampu.
”Bagaimanapun sekarang kita masih boleh membelinya kerana ia belum terlewat memandangkan harga emas pasaran dunia akan naik lagi mencecah USD3,000,” ujarnya.


Sumber :HarakahDaily

MEMAHAMI PELBAGAI KOS JUAL BELI EMAS

sumber dari pencintaemas.com
Musykil apakah kelebihan membuat pelaburan dalam bentuk jongkong emas dengan membeli barang kemas (sebagai perhiasan)? Manakah yang lebih menguntungkan?
EMAS sentiasa menjadi topik pelaburan yang hangat, lebih-lebih lagi selepas kita melihat harga emas melonjak dalam tempoh dua tahun lepas. Dari segi dolar Amerika, harga emas telah naik sebanyak 60 peratus dalam tempoh dua tahun lepas dan lebih 150 peratus dalam tempoh empat tahun lepas. Sebab itulah emas kini mendapat perhatian ramai.
Soalnya apakah cara terbaik untuk meraih keuntungan daripada emas? Ada pelbagai cara anda boleh melabur dalam emas. Anda boleh membeli emas dalam bentuk fizikal sebenar dan ini mungkin dalam bentuk jongkong emas atau syiling emas. Syiling emas contohnya, Kijang Emas, mungkin lebih popular di Malaysia. Apabila membeli syiling emas, bank akan menyebut harga belian dan harga jualan. Inilah harga di mana bank akan membeli emas daripada anda atau menjual emas kepada anda. Dua harga ini adalah berbeza dan inilah kos anda untuk memiliki emas.
Sebagai contoh, untuk satu auns emas, harga jualan ialah RM5,571 bagi Kijang Emas. Inilah harga satu auns Kijang Emas yang dijual oleh bank kepada anda. Harga belian balik ialah RM5,352 bagi satu auns Kijang Emas. Inilah harga bank akan membeli balik satu auns Kijang Emas daripada anda, atau dengan kata lain, anda akan menjual balik barang kemas anda pada harga ini. Jika anda mahu membeli emas, anda boleh berbuat demikian pada harga RM5,571 dan menjualnya pada RM5,352. Perhatian bahawa terdapat perbezaan 4.0 peratus antara kedua-dua harga ini. Jika anda membeli Kijang Emas, katakan pada harga RM5,571, anda perlu menunggu harga belian balik RM5,352 untuk naik melebihi harga belian RM5,571 untuk meraih untung. Oleh itu ada baiknya meninjau sama ada terdapat harga jualan dan belian yang lebih baik.
Sebagai pilihan, anda boleh membeli barangan kemas daripada kedai emas. Kaedah ini menjadi pilihan utama di Timur Tengah dan Asia. Umumnya terdapat harga emas runcit yang ditetapkan oleh Persekutuan Tukang Emas dan Persatuan Jauhari Malaysia (www.fgjam.org.my) yang memberikan panduan tentang kadar emas yang ditawarkan oleh kedai emas. Anda perlu ingat bahawa barangan kemas berhubung kait dengan arah hala dan terdapat bahagian tertentu kos barangan kemas yang berkaitan dengan kerja ketukangan.
Jika barangan kemas dileburkan, anda mungkin kehilangan nilai kos berkait dengan kerja ketukangan tersebut, kerana nilai akhir yang dikira adalah hanya berasaskan nilai emas.
Selain itu adalah sukar untuk mengesahkan kandungan emas. Jadi nilai barangan kemas anda mungkin tidak mudah dan sukar ditentukan secara konsisten. Anda juga perlu mempertimbangkan faktor simpanan, sebagai contoh, menyewa peti besi atau peti simpanan selamat jika anda mempunyai jumlah emas yang besar.
Satu lagi cara yang semakin popular sejak dua tahun lepas ialah akaun buku simpanan emas. Apabila anda membuka akaun tersebut, anda akan diberikan buku simpanan.
Ia berfungsi sama seperti akaun simpanan. Apabila gaji anda dikreditkan ke dalam akaun simpanan, anda tidak memegang tunai secara fizikal sehingga anda mengeluarkannya daripada ATM.
Oleh sebab terdapat pelbagai kaedah untuk membeli emas, anda perlu memahami kos menjual beli emas. Satu lagi, emas diniagakan dalam dolar Amerika, dengan itu terdapat risiko tukaran asing bagi pelabur yang membeli emas dalam mata wang lain, seperti Ringgit Malaysia (RM).
Sebarang keputusan melabur dalam emas hendaklah dibuat untuk jangka panjang. Berdasarkan pergerakan pasaran saham, emas memberikan perlindungan terhadap ketidaktentuan global. Selain itu, emas merupakan lindung nilai yang baik terhadap inflasi. Justeru, emas merupakan kelas aset yang patut dipertimbangkan.
Jadi sekiranya anda berminat untuk memiliki emas dan perak, bolehlah SMS dengan saya di talian 013-4110175….Emas adalah duit sebenar dan kalis inflasi

BAYAR EMAS PUBLIC GOLD SECARA ANSURAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera……..
Untuk artikel kali ini saya terangkan alternatif lain dalam pembelian emas keluaran Public Gold….Sebelum itu kita perhatikan dahulu hukum membeli emas secara ansuran
Hukum membeli emas secara ansuran.
Kitab Al Muwatta’ :
Yahya meriwayatkan daripada Malik daripada Abdullah ibn Dinar daripada Abdullah ibn Umar yang Umar ibn al-Khattab menyatakan, ” Jangan kamu menjual emas untuk emas kecuali sama untuk yang sama. Tidak meningkatkan sebahagiannya atas sebahagian yang lain. Jangan kamu menjual perak untuk perak kecuali sama untuk yang sama, dan tidak meningkatkan sebahagiannya atas sebahagian yang lain. Jangan kamu jual dari barang yang ada keatas barang yang tiada. Jika seseorang meminta anda menunggu untuk pembayaran sehingga dia  pergi ke rumahnya, jangan kamu meninggalkannya. Saya takut rama keatas kamu.” Rama ialah riba.
Yahya meriwayatkan daripada Malik yang Abu’z-Zinad mendengar Said ibn al-Musayyab berkata, “Riba hanya terdapat di dalam emas atau perak atau apa ditimbang atau diukur daripada apa yang dimakan atau minum.”Yahya meriwayatkan daripada Malik yang Yahya ibn Said mendengar Said ibn al-Musayyab berkata, “Menyembunyikan  emas dan perak daripada pengedaran  adalah  sebahagian daripada daripada kerja fasad/kemusnahan  diatas muka bumi.”Apa yang dapat kita faham dari apa yang diperkatakan oleh Saidina Umar Al khatab r.a. dan Tabiin seperti Said ibn al Mussayab bahawa :Pertukaran EMAS dengan EMAS & PERAK dengan PERAK mestilah
  1. Mutamathilan – mesti sama berat timbangannya. Jika tidak berlaku riba tafadhul (melibatkan penambahan berat).
  2. Mesti ‘Taqabud fil hal au majlis’ ( diserah dan terima dalam satu masa). Jika tidak berlaku riba an nasiah.(melibatkan penangguhan).
  • Masalah yang kita hadapi sekarang ialah ulamak moden telah mengqiaskan hukum wang kertas bersamaan dengan hukum emas. Oleh sebab demikian mereka mengatakan hukum membeli emas dengan wang kertas secara ansuran adalah riba an nasiah kerana melibatkan penangguhan. Sila rujuk Ust. Zaharuddin dalam website beliau.
  • Bagi yang memahami asal usul wang kertas, tak mungkin wang kertas diqiaskan dengan emas kerana ia akan merosakkan seluruh hukum – hakam berkaitan riba seperti yang dijelaskan oleh ulamak – ulamak terdahulu.
  • Bahkan dengan mengqiaskan wang kertas sama dengan emas menyebabkan orang awam tidak perlu lagi pada dinar dan dirham kerana sudah ada pengganti pada emas iaitu wang kertas.
  • Wang kertas bukan emas, jadi hukumnya harus menukarkannya dengan emas secara ansuran.
Wallahu’ alam.
Kuliah Muamalat : Dinar dan dirham dalam muaalat Islam
21 November 2009 (Sabtu ) Lepas solat Maghrib
Masjid Sg. Ular, Kulim , Kedah



Sumber : Dinar2dirham.com
Ok, saya bagi contoh pengiraan pembayaran EPP dengan Public Gold…..
Jika pembeli membeli ingin membeli Bar emas 10gram…
Harga sekarang         = RM1,885.00
Admin fee 0.5%          = RM9.43
Bayaran ansuran  pertama      = RM471.25 + RM9.43
Bayaran bulanan kedua dan seterusnya = RM471.25
  • Jadi pada bulan pertama, iaitu bulan pembelian dibuat, pelanggan hanya perlu membayar amaun sebanyak:
  • RM471.25 + RM9.43 (admin fee) = RM480.68
  • Bulan berikutnya, pelanggan hanya perlu membayar RM471.25 sahaja.
  • Setelah pembayaran selesai dibuat, barulah pihak Public Gold akan memberikan emas kepada anda..
  • Mudah kan??? Sekurang-kurangnya, dapat meringankan beban pelanggan yang berminat membeli emas…
Soalan famous:
1.Katakan saya nak bayar separuh pada bulan pertama dan kemudian separuh lagi pada bulan kedua.. Boleh tak?     
Jawapan: Boleh. Tiada masalah.

2. Bila saya akan dapat emas let saya pakai EPP ni?
Jawapan: Setelah settle payment baru dapat emas yang anda beli ini.

3. Kalau saya nak beli silver bar boleh tak pakai EPP ni?
Jawapan: Boleh. Tiada masalah.
Petikan : Ihsan dari admin www.publicgoldsarawak.com
So, sekarang semua pihak berhak untuk memiliki emas peribadi sebagai koleksi atau simpanan….Tidak ada lagi istilah untuk tidak layak memiliki emas..Jika anda berminat untuk memiliki emas atau perak,silalah berhubung dengan saya 0134110175…wassalam
email saya jgp_girl@yahoo.com

Wednesday 23 November 2011

BAGAIMANA NAK MENDAPAT KEUNTUNGAN DENGAN PELABURAN EMAS

sumber dr tokeyemas
Bagaimana menjana keuntungan dengan pelaburan emas.
Semua orang tahu harga emas naik setiap tahun, emas semakin mahal, emas adalah barang berharga dan mempunyai nilai yang tinggi.
Tapi berapa ramaikah yang tahu dan sudah memulakan langkah pertama dengan membeli dan melabur dalam emas?.....tak ramai.
Antara pendapat-pendapat diberi atau soalan-soalan yang sering ditanya oleh bakal customer bila kita bercerita tentang emas...
”Emas dah mahal, tunggu turun la baru beli”
”Kalau beli emas sekarang dan jual masa emas naik, sama juga nanti nak beli balik pun mahal...jadi kat mana untungnya”
”Beli emas ni nanti nak simpan kat mana”.....tahukah anda rantai tangan dan rantai leher (Barang kemas) dalam 50gram tu orang bawa jalan-jalan pun tak kisah.
Dalam pelaburan emas, minimum ada 3 cara untuk anda menjana keuntungan:
1. Beli dan Simpan
2. Beli dan Ar Rahnu
3. Beli dan Jual – Dealer atau Peniaga Emas
Saya akan menjelaskan mengikut pengetahuan dan pengalaman saya untuk 3 cara diatas, ada juga cara yang lain dan mungkin boleh di terangkan oleh Peniaga-peniaga dan pelabur-pelabur emas lain nanti.
CARA 1 : Beli dan Simpan
Modal :
Minimum 1Dinar
Tidak memerlukan modal yang besar pada permulaan pelaburan.
Mempunyai modal untuk membeli emas secara sedikit-sedikit atau secara berkala.
Jenis Pelabur :
Pelabur yang pasif,
Pelabur yang tidak mempunyai banyak masa,
Pelabur jangka masa panjang,
Pelabur yang sabar,
Pelabur yang tak suka jumpa orang dan bercerita pasal emas

Dengan cara ini anda hanya perlu beli emas dan simpan untuk jangka masa panjang.
Jangka masa panjang yang dinyatakan adalah dalam 3 tahun ke atas.
Kalau ada rezeki stahun kenaikan dalam 15% hingga 20%.
Ini sudah dikira cukup baik berbanding dengan pelaburan yang ada di pasaran seperti ASB dan sebagainya.
Anda tak perlu risau dan ambil tahu sangat dengan kenaikan dan penurunan harga emas secara harian ataupun mingguan mahupun bulanan..
Duduk diam sahaja anda dah menikmati keuntungan.
Tak perlu bercerita tentang emas, tak perlu jumpa orang dan tak perlu buat apa-apa.Cuma anda perlu membayar zakat apabila emas anda cukup haul.
Jika anda mahu menikmati keuntungan dari pelaburan emas anda, jual sahaja nilai emas yang melebihi modal asal anda.
Contoh : Anda membeli emas dengan nilai RM10 ribu, selepas 3 tahun emas anda bernilai Rm 14500. (Average Kenaikan 15% setahun)
Jadi untuk merasai keuntungan yang anda buat, anda hanya perlu menjual emas anda yang bernilai Rm4500 sahaja .......

CARA 2 – Beli dan Ar Rahnu (Pajak)
Modal :
Tidak memerlukan modal yang besar pada permulaan pelaburan.
Minimum 20gram (Contoh untuk emas Public Gold)
Mempunyai modal untuk membeli emas secara sedikit-sedikit atau secara berkala.
Jenis Pelabur :
Pelabur yang tak suka jumpa orang dan bercerita pasal emas,
Pelabur yang ingin maksimumkan keuntungan simpanan emas tanpa mencari pelanggan.
Pelabur yang tak reti nak bercerita pasal emas.
Pelabur yang mempunyai discipline yang kuat
Pelabur yang bijak atau cekap dalam pengurusan masa dan membuat perancangan

Beli Emas – Pajak Step 1 (Simpanan Emas :20g Emas x1= Rm 3000)
Dengan cara ni anda hanya perlu beli emas minimum 20g (Kalau PG) dan bila dapat emas tu anda per pajak di Agro Bank.
Anda akan dapat 70% dari nilai marhum (Contoh emas 20g Rm 3000 x 70% = Rm211)
(Perlu diingatkan anda akan dikenakan upah simpan dari nilai marhum 0.75%)
Beli Emas – Pajak Step 2 (Simpanan Emas :1Dinar Emas x3= Rm 1800)
Duit hasil pajakan itu anda gunakan semula untuk membeli emas..tapi kali ni anda beli 1Dinar sebanyak 3 keping (cth 1Dinar Rm600 x 3 = Rm1800)
Kemudian anda pajak semula 3 keping 1 Dinar itu dan dapat Rm 1260
Beli Emas – Simpan Step 3 (Simpanan Emas :1Dinar Emas x2= Rm 1200)
Duit hasil pajakan Rm1260 tu anda boleh beli emas lagi 1Dinar sebanyak 2 keping.
Dan simpan.
Anda perlu menjual emas yang terakhir anda miliki apabila harga tinggi dalam masa 6 bulan...(tempoh pajakan).
Dan hasil jualan emas tu anda perlu tebus emas yang anda pajak.
Dengan mempunyai modal sebanyak Rm3000, anda boleh memiliki emas bernilai RM6000.
Jika diizinkan, peratus kenaikan harga emas akan melebihi peratus upah simpan..dengan ini anda menjana keuntungan dari modal yang pada asalnya bukan milik anda..
Ada beberapa cara lagi untuk menebus emas anda tanpa menjual emas yang ada ditangan jika anda mampu.....sila hubungi saya 012-2902002 untuk share infor.
(Penting!!! pada masa artikel ini ditulis, gold bar dan Dinar masih lagi diterima pajak oleh Agro bank, tetapi sekarang tidak lagi, sebagai ganti anda boleh la membeli produk i-series http://otakemas.blogspot.com/2011/07/produk-terbaruboleh-bergaya-invest-dan.html )

CARA 3 – Beli , Simpan dan Jual ,Simpan ..Jadi Tokey Emas...
Modal :
Memerlukan modal yang agak besar untuk permulaan Rm 20k
(Walaubagaimanapun jika anda berminat nak jadi Dealer tapi tak cukup modal, anda boleh menghubungi saya di 012-2902002..saya ada cara untuk anda)
Jenis Pelabur :
Pelabur yang mempunyai ilmu pasal emas.
Pelabur yang boleh bercerita pasal emas dan kebaikan melabur dalam emas
Pelabur yang rajin berjumpa pelanggan
Pelabur yang boleh meluangkan banyak masa melayan pelanggan
Dengan cara ini anda perlu menjadi Dealer dengan membeli emas sebanyak Rm20k dalam satu resit.
(Jika berminat boleh call saya 012-2902002 untuk penerangan)
Semua sudah sedia tahu dengan menyimpan emas sahaj anda sudah untung, tapi kalau nak lebih untung anda bole menjual emas yang anda miliki.
Komisyen
Dengan menjual emas yang anda miliki anda akan menapat Komisyen atas setiap jualan yang anda buat sebanyak 1%.
Spread yang rendah.
Dengan menjadi dealer juga anda dapat merendahkan spread yang ditetapkan oleh PG..
Contoh : Pelanggan Biasa spread 6%
Sebagai Dealer , komisyen jualan 1%, dan komisyen belian balik 0.5%
Oleh itu Spread sebenar anda sebagai Dealer adalah 6% - 1% - 0.5% = 4.5%
Dengan spread yang kecil anda memiliki peluang yang agak banyak dan luas unutk menjual kembali emas anda dan mendapat keuntungan.
Apa-apa pun penerangan yang diberi diatas adalah atas pandangan saya dan relevan pada masa Blog ini ditulis
Sekiranya anda ingin maklumat lanjut, anda boleh la SMS 0134110175 EMAIL jgp_girl@yahoo.com

Monday 21 November 2011

7 JANGAN DALAM SIMPAN EMAS

7 JANGAN Dalam Simpanan Emas

Ada 7 perkara yang harus anda elakkan dari melakukannya.Akan saya kupas dalam artikel bertajuk “7 Jangan dalam simpanan emas ” ini.
1.Jangan malas
Sebaik sahaja anda sedar tentang emas,dapatkan info yang berkaitan dengan emas,sejarahnya,perkaitan dengan wang kertas,jenis-jenis emas,produk yang ada di pasaran,dan banyak lagi yang perlu anda ketahui.Jangan malas untuk mencari info dan ilmu berkaitan emas yang tidak pernah habis.
Ini akan membantu anda dari terjebak dengan skim pelaburan emas,syarikat yang menawarkan pembelian saham emas dan sebagainya.Pastikan anda beli emas-dapat emas dan jangan tertipu dengan syarikat yang menjanjikan pelbagai pulangan bulanan kerana mereka telah pun menjual dengan harga yang lebih tinggi dari syarikat emas yang sedia ada.Disebabkan itu mereka boleh memberi anda dividen.Anda harus berhati-hati kerana kebelakangan ini semakin banyak syarikat yang menawarkan pelbagai tawaran yang boleh membuatkan anda rugi.
Beberapa syarikat emas yang menjalankan skim pelaburan emas beberapa tahun dahulu masih belum selesai kes dengan BNM,oleh itu janganlah kita menambahkan bilangannya.Syarikat yang dimaksudkan ialah Genneva,jangan terpedaya dengan hibah yang dijanjikan kerana anda sudah membayar lebih sebenarnya.Dan yang terkini,scam yang sedang mengganas ialah Barrick Corporation yang memperdaya orang ramai dengan menggunakan nama syarikat pelombong di Kanada iaitu Barrick Gold Corporation.

Anda juga boleh mendapatkan mentor untuk membimbing anda.Saya sendiri salah seorang yang membimbing ramai orang untuk memahami simpanan emas secara personal dengan cara online dan offline.Boleh klik menu “Kelas Emas”.


Tambah ilmu dengan membaca buku atau cari maklumat di internet
2.Jangan Ar rahnu sebarangan
Ramai yang menyalahgunakan perkhidmatan ar rahnu kebelakangan ini.Peranan ar rahnu ialah memberi pinjaman bercagar kepada yang memerlukan,bukan kepada mereka yang tamak.Siapakah yang tamak?
Orang yang jual dan beli menggunakan sistem 35:65 atau 30:70.Contoh seperti ini:
Katakan emas 999 100g berharga RM10k,pembeli hanya sediakan RM3k sahaja kerana bakinya akan dibayar menggunakan hasil pajakan di ar rahnu di mana pemajak akan mendapat RM7k dan menyerahkannya kepada peniaga.Urusan dengan peniaga sudah selesai,dan peniaga kenyang sebab dapat untung besar jual emas dengan cara ini.Apa cerita dengan pembeli?Terpaksa membayar pinjaman dan kos upah simpan.

Realitinya ramai yang tidak faham tentang sistem ini,dan buat kerana terpengaruh dengan janji manis si penjual.Akibatnya ramai yang tercekik sehingga terpaksa menjual emas di dalam ar rahnu dengan harga yang rendah.Lebih menyedihkan kerana si penjual sengaja memasang perangkap ini agar dapat membeli emas di bawah harga pasaran dengan cara ini apabila dihubungi si pembeli,kerana dapat menjualnya dengan harga yang lebih tinggi kepada pembeli lain
Ramai yang tak sedar mereka golongan yang tamak.Antara syarikat paling top mempromosikan sistem ini ialah Serambi Emas.Paling menyedihkan,mereka menggunakan orang berpengaruh untuk meyakinkan orang ramai dengan promosi yang hebat-hebat belaka di media massa termasuk televisyen.
Sistem ini salah di sisi agama.Awas jika anda terlibat.Ar rahnu BUKAN perniagaan!
Golongan kedua ialah yang memajak untuk menambah emas atau juga dikenali sebagai REMPIT emas.Ini juga harus anda jauhi.Tambahlah emas anda mengikut kemampuan,bukan mengikut nafsu atau saranan peniaga emas yang membuta tuli.


Ar rahnu bukan perniagaan dan jangan salah gunakannya


3.Jangan jual emas anda
Jangan jual emas anda tanpa sebab.Ramai yang keliru apabila diajar jual semasa harga tinggi(beli rendah jual tinggi).Jadi untuk apakah anda beli emas?Emas adalah aset unggul yang harus anda jadikan simpanan jangka masa panjang.Jika harga tinggi sahaja anda hendak jual,maka tiada apa di tangan anda nanti.Jual emas hanya untuk 5 perkara di bawah :
1.Rumah   2.Hartanah   3.Emas dalam bentuk lain (cth barang kemas) 4. Modal bisnes  5.Keperluan atau terdesak
Jika anda menjual emas anda dengan harga tinggi,belum tentu anda dapat membelinya kembali dengan harga anda beli dahulu.Kecuali,jika anda mahir membaca pergerakan harga emas,anda boleh menjual semasa harga tinggi,dan menyimpan wang tersebut sehinggalah harga emas agak turun sedikit,anda beli semula.Dengan cara ini anda mendapat gram yang lebih.Anda memerlukan sedikit kemahiran menganalisis harga emas,tetapi jika anda bukanlah seorang yang suka memantau harga emas dan sibuk,cara ini tidak bersesuaian dengan anda sebaliknya anda boleh menghafal trend pergerakan harga emas,sebagai contoh setiap kali musim perayaan,harga emas akan menjunam sedikit.
4.Jangan simpan wang kertas
Jangan menyimpan terlalu banyak wang kertas,sebaliknya simpanlah sedikit untuk keperluan kecemasan dan kegunaan seharian.Emas adalah penyimpan yang terbaik kerana ia kalis inflasi dan tidak susut nilai.Setiap kali harga emas naik,ia menunjukkan betapa lemah dan semakin susut nilai wang kertas kita.Jangan terpedaya dengan bonus,dividen dan pulangan yang ditawarkan sebaliknya kajilah berapa inflasi setiap tahun yang menyebabkan anda rugi sebenarnya.
Simpanlah emas dalam bentuk fizikal seperti dinar,bar dan pelbagaikan pula dengan barang kemas.



Buat pilihan yang terbaik


5.Jangan tunggu
Jangan terlalu menunggu harga rendah baru nak beli.Orang selalu cakap emas mahal,tak mampu nak beli.Ya,memang betul emas mahal,hampir setiap tahun orang kata emas mahal..jadi masa bila emas murah?
Dulu harga emas RM16/gram pun orang kata mahal,RM38/gram pun orang kata mahal,RM90/gram pun orang kata mahal,sekarang dah nak cecah RM200+ pun orang kata mahal.Jawapannya,tahun demi tahun harga emas makin mahal.Rugilah golongan yang hanya menunggu dan melihat orang lain semakin kaya dengan emas.Apa tidaknya,dulu beli emas masa RM140/gram,sekarang dah RM200/gram..ini baru simpan sahaja dah untung,kalau yang meniaga macam mana,lagi untung!
6.Jangan tolak
Jangan menolak atau menafikan tentang matawang Islam iaitu Dinar dan Dirham.Kebelakangan ini semakin ramai yang menyokong usaha-usaha sesetengah pihak yang cuba mengembalikan matawang Islam ini.Memang kita tidak mampu kembalikan ia 100% kerana wang kertas masih giat digunakan,tetapi kita boleh mulakannya dengan komuniti kecil kita.Saya dah bermula,anda bila lagi?
Perniagaan gerai kami juga menerima dinar dan dirham,dan anda boleh rujuk senarai outlet/bisnes yang terima dinar dan dirham sebagai matawang.Saya mencadangkan agar anda menyertai group perbincangan  di facebook iaitu Dinihari Dinar,Dinar dan Dirham dan juga group untuk jual beli menggunkan dinar dan dirham iaitu Pasar Muamalat DnD.Macam-macam boleh dibeli menggunakan dinar dan dirham di sini.Ayuh kita sokong matawang yang bebas riba dan kembalikan ekonomi orang Islam ke tahap yang sepatutnya.


Sokonglah matawang sunnah Islam


7.Jangan pentingkan diri sendiri
Setelah anda menjadi seorang yang celik emas,janganlah anda hanya mendiamkan diri dan tidak menyampaikan info yang berguna ini kepada orang lain.Sebarkanlah tentang emas ,perak,dinar dan dirham.Semua ini berbeza dan mempunyai matlamat simpanan yang berbeza,contohnya dinar dan dirham ditukarkan dengan fiat bagi tujuan untuk muamalat(jual-beli),boleh juga disimpan untuk tujuan muamalat pada masa akan datang.
Tak guna jika hanya kita seorang sahaja yang tahu tentang kepentingan emas dan sebab perlu menyimpannya tetapi saudara mara kita,rakan-rakan dan masyarakat sekeliling masih buta emas.Memang ada yang tidak boleh terima terus,gunakanlah cara yang berhemah dan yang penting anda sudah menyampaikannya.Mungkin anda boleh meminta mereka menambah info di internet ..susah-susah suruh saja baca blog ini.Macam-macam info emas ada.

CERITA KEUNTUNGAN PUBLIC GOLD

Sumber dari jutawanpelabur.com

Betul ke kalau beli emas yang dijual oleh Public Gold ni boleh dapat untung lebih cepat dan banyak?

Bukan ke emas ni sama je semua dari segi kenaikan harganya?

Apa faktor yang membuatkan emas yang dijual oleh Public Gold memberikan keuntungan yang lebih banyak?

Jom layan cuci mata, tengok sebahagian keuntungan hasil dari aktiviti jual beli (Spekulasi) yang saya praktikkan, dan berapa lama saya dapat keuntungan ni.

Beli pada 27hb - 30hb September 2011 pada harga PG SELL, total belian RM49,196.00.



Jual semula kepada Public Gold dengan harga PG BUY pada 8 November 2011, pada harga PG BUY.


Pengiraan Keuntungan :

Total Hasil Jualan  - RM50,682.00
Total Belian            - RM49,196.00

Untung Runcit       -  RM1,486.00



Komisyen Belian - RM49,196.00 x 2.0% = RM983.92
Komisyen Jualan - RM50,682.00 x 0.5% = RM253.41

UNTUNG BERSIH :

RM1,486.00 + RM983.92 + RM253.41 = RM2,723.33 (Pulangan kira-kira 5.5%)

Pulangan 5.5% cuma dalam masa 5 minggu!! 

Sekarang ini saya tengah standby untuk membeli lagi stok emas jika harganya turun sampai ke paras $1,690/oz.

Kesimpulan yang ingin saya sampaikan adalah :

1- Mahal atau murah harga emas yang dibeli bukanlah faktor utama yang akan menentukan anda akan untung lebih banyak dan cepat.

2- Untung atau rugi hanya akan diketahui pada ketika anda jualkan emas tersebut, bukan pada waktu anda membelinya.

3- Seorang Pelabur emas tidak perlu bertungkus lumus mencari pembeli emas untuk mendapatkan keuntungannya, kerana keuntungan mereka adalah hasil dari kenaikan semasa harga pasaran (Passive Income), jadi  mereka hanya perlu menjualnya semula kepada syarikat penjual.


4- Manakala seorang Peniaga emas, biasanya mereka akan mencari sumber atau bekalan emas pada harga yang lebih rendah, sebagai contoh membeli emas terus dari kilang, membeli emas lelong dan sebagainya. Kemudian mereka akan bekerja keras mencari pelanggan bagi menjual produk emas mereka bagi mendapatkan keuntungan (Active Income).


5- Beli dari siapa, dan apabila hendak dijual siapa pembelinya merupakan faktor penting dalam pelaburan emas kerana seperti yang kita sedia maklum, untung hanya dapat direalisasikan apabila emas tersebut telah dijual.


6- Jadi, kalau ianya sukar untuk dijual, terpaksa mencari pembeli baru dapat untung, dan kalau hendak dijual kepada kedai emas pula, harga belian yang ditawarkan terlalu rendah, ianya tidak berbaloi langsung walaupun emas itu dibeli dengan harga yang murah.
BERMINAT MENJADI AGEN // DEALER SMS 0134110175 EMAIL azzahraa_aqilah@yahoo.com

ASB

PERCAYAKAH:Terdapat Sesuatu Yang Amat Berharga Semenjak Beribu Tahun Dahulu Hingga Kini Yang Boleh Anda Miliki Dan Menjadikan Anda Lebih Kaya Tetapi Malangnya Ramai Yang Tak Tahu...
Dengan 27-45% Kadar Keuntungan Setahun, Ia Satu-Satunya Bentuk Pelaburan Di Muka Bumi Ini Yang TERBAIK. Dan Lebih Baik Lagi Anda Tak Perlu Risau Langsung Tentang Kerugian...

Jika anda fikir pelaburan ASB dengan pulangan 8.5% setahun adalah terbaik dan terjamin, FIKIRKAN pula pelaburan ____ dengan pulangan 35-40% setahun yang 'LEBIH TERJAMIN' nilainya. Segala RAHSIANYA Satu Persatu akan saya bongkarkan di bawah sekarang juga...



Jadi apakah bentuk pelaburan yang baik dan selamat?

Akhirnya tinggal ASB, ASW, ASN dan pelbagai lagi AS_ semata-mata dengan mengenepikan pelaburan Fixed Deposit dan segala bentuk simpanan tetap bank serta unit amanah seperti Public Mutual yang kenakan CAJ yang MAHAL kepada para pelabur setiap kali pembelian dibuat.
Tetapi untuk pelaburan ASB, adakah anda sanggup untuk setiap tahun hanya menunggu hujung tahun untuk mendapat pulangan?. Itu pun dengan kadar keuntungan yang rendah.
Jika anda simpan RM1,000.00 dari Januari hingga ke Januari tahun depannya dan seterusnya, saya boleh beri anggaran keuntungan yang bakal anda dapat adalah dalam lingkungan RM80-RM90 sahaja SETAHUN. Sedikit bukan? Dah lah tunggu sampai setahun. Jadi berapa lama yang anda perlu tunggu untuk kumpul keuntungan lebih banyak? Renungkanlah sendiri...
Oops! ada orang dah bosan dengar mengomel saya dan berkata...
Habis Tu Kalau Semua Pelaburan Tak Bagus, Tak Untung, Tak Selamat Dan Tak Sesuai. Apa Yang Saya Nak Labur? Saya Nak Juga Ada Pelaburan Untuk Masa Depan Saya Dan Keluarga!

Sabar, sabar. Saya tahu anda sudah tak boleh sabar lagi untuk mengetahui apakah bentuk pelaburan yang menguntungkan dan selamat serta sesuai untuk anda. Saya juga tabik pada anda kerana ada niat dan cita-cita untuk membuat pelaburan berbentuk simpanan demi masa depan anda dan keluarga dan yang paling penting anda tidak terjerumus ke dalam skim cepat kaya.

Dan Pelaburan Yang Saya Ceritakan Ini Adalah:
- Simbol Kekayaan Sebenar
- Nilai Yang Sentiasa Meningkat Dari Tahun Ke Tahun
- Penyimpan Nilai Yang Unggul Jangka Masa Panjang (Tiada Susut Nilai)
- Diterima Dan Diakui Seluruh Dunia
- Tak Boleh Dispekulasi

jawapan EMAS FIZIKAL...

Sunday 13 November 2011

DETIK PERMULAAN

INI HARGA MASA SAYA MENJADI DEALER

DEALER//BELI

Di sini bermula........
Assalamualaikum …
Rasa kecewa dengan susut nilai yang ketara dalam simpanan membuatkan saya  mengkaji beberapa pelaburan, dipendekkan cerita saya tertarik dengan pelaburan emas kerana ia merupakan perniagaan yang sentiasa untung. Tidak akan berlaku susut nilai walaupun stok tidak habis dijual. Saya telah memilih untuk membeli emas dari Public Gold dan mendapat peluang menjadi Dealer Public Gold.(terima kasih dorongan dan bantuan Pn umikalsom

Dengan pembelian minima 20k emas keluaran Public Gold samaada dinar@jongkong@jewellary anda layak menjadi dealer Public Gold.

Antara keistimewaan dan keuntungan sekiranya anda menjadi dealer Public Gold.
  • Normal Dealer (ND)

    1- Setiap belian peribadi/jualan diberi komisyen 1%

    2- Belian semula dari pelanggan diberi komisyen 0.3%


    Priority Dealer (PD)

    1- Setiap belian peribadi/jualan diberi komisyen 1.5%

    2- Setiap belian oleh Direct Dealer diberi komisyen 0.5%

    3- Belian semula dari pelanggan diberi komisyen 0.3%


    Master Dealer (MD)

    1- Setiap belian peribadi/jualan diberi komisyen 2%.

    2- Setiap belian oleh Direct Dealer diberi komisyen 0.5%

    3- Belian semula dari pelanggan diberi komisyen 0.5%

    4- Jika Direct Dealer telah berstatus MD, maka anda akan dibayar komisyen 0.1% dari jumlah belian keseluruhan (Group Sales) rangkaian MD tersebut.

    Selian komisyen, anda juga akan dapat keuntungan  seperti berikut:-
  •  Katakanlah ade seorang pelanggan nak jual balik - kita akan deal harga “WE BUY”.  akan untung 5% - 6% dalam urusniaga tersebut…Dan sekiranya dalam masa yang sama ada pelanggan lain yang ingin membeli maka  boleh menjual dengan harga “WE SELL” mengikut harga semasa. Untung 5%-6% atas angin. 

  • : Sekiranya anda mempunyai modal yang banyak, anda kena selalu membuat pantauan harga semasa  di laman sesawang Public Gold @ di blog Emasbarpublicgold kerana anda perlu menambah stok sekiranya trend harga emas menurun. Bersiap sedia untuk menjana lagi keuntungan anda.

Apabila harga emas meningkat naik terpulang kepada anda samaada nak jual @ simpan. kedua-dua kaedah ini menguntugkan.…melabur sambil berniaga. Bagi mereka yang berminat nak menjana keuntungan dengan menjad kan  emas sebagai perniagaan, pelaburan dan simpanan yang tak susut nilai  boleh SMS saya 0134110175... Atau anda boleh email ke :-   emasbukitlarut@gmail.com

Sunday 6 November 2011

EMAS VS ASB


Apa yang menarik tentang pelaburan emas?
Konsepnya sama seperti Amanah Saham Bumiputra (ASB) dimana anda mempunyai sejumlah wang kemudian dimasukkan ke dalam ASB. Setahun kemudian, anda akan diberi bonus dan dividen sehingga 8% untuk setiap tahun. Sama seperti emas, anda mempunyai sejumlah wang dan anda gunakan wang tersebut untuk membeli emas. Emas tersebut disimpan atau dipajakkan. Anda akan menerima keuntungan sehingga 30% setiap tahun. Bezanya antara ASB dan Emas ialah peratus keuntungan.
Contoh ASB:
Amzar mempunyai tunai RM10,000 di tangan. Dia boleh memilih sama ada untuk memasukkan duit tersebut ke ASB atau membeli emas. Amzar memasukkan RM10,000 ke ASB pada Januari 2011. Pada April 2011, dia mengeluarkan RM1,000 untuk membaiki kereta. Pada Disember 2011, baki simpanan ialah RM9,000 dan kadar dividen ASB ialah 8% maka baki akhir ialah RM 9,000 + 8% (RM720) = RM9,720.00 untuk tahun tersebut.

Contoh Emas:
Amzar mempunyai RM10,000 di tangan. Dia membeli tiga keping emas 20 gram dengan harga RM10,000. Pada April 2011, dia memajak sekeping emas dan mengambil duit pajak (RM1,000) untuk membaiki kereta. Pada Disember 2011, nilai emas yang disimpan masih kekal RM10,000 dan keuntungan 25% daripada harga emas semasa, maka baki akhir untuk tahun 2011 ialah  RM 10,000 + 25% (RM2,500) = RM12,500.


Memajak Emas
Salah satu cara mendapatkan pulangan yang maksimum ialah dengan memajak emas. Anda boleh membuat pembacaan tentang Pengalaman Memajak Emas di Malaysia melalui artikel yang ditulis oleh Saudara Syukor Hashim.
P/S: Saya sudah tertarik dengan pelaburan ini. Jika asyik bertangguh, harga emas akan terus naik. Jika anda ada modal lebih untuk pelaburan ini, teruskan niat anda ;)BERMINAT SMS 013-4110175

MELALUI PELABURAN EMAS PUBLIC GOLD ANDA HANYA PERLU MENUKARKAN WANG ANDA DARI WANG KERTAS KEPADA BENTUK EMAS FIZIKAL.. JIKA ANDA ADE RM30K..
PINDAHKAN RM20K UNTUK BERSAMA KAMI MENJADI DEALER..

BERMINAT MENJADI DEALER..KLIK..

JONGKONG EMAS

Siapa yang tidak tertarik dengan emas?
Sekali pun ada yang mengaku tidak meminati perhiasan antara mineral paling berharga ini, percayalah merekatetap ingin memilikinya kerana sedarnilainya yang tinggi.
Ketahuilah, EMAS merupakan pelaburan terbaik pada masa kini. Tidak seperti nilai mata wang yang menyusut berikutan tekanan inflasi, harga emas pula terus melonjak dari tahun ke tahun tanpa sedikit pun menunjukkan penurunan.
Mengimbas situasi 10 tahun lalu,harga emas pada ketika itu adalahsekitar RM80 bagi satu gram emas.Dan dengan rekod November 2010, RM166 dicatatkan bagi 1 gram emas.  Ianya
menunjukkkan peningkatan 100% dan ia terus meningkat minggu demi minggu.
Tidak hairanlah mengapa emas kini menjadi pelaburan yang semakin diminati ramai.
Jadi, sudahkah anda memilikinya juga?
Walaupun hanya sekadar 1 dinar emas?
Saya tahu, masih ramai tidak sedar atau mungkin takut tertipu dengan pelaburan emas yang salah. Jadi disini juga saya kongsikan bagaimana anda boleh mengenali jongkong emas yang tulen…
Setiap pembelian jongkong emas akan disertakan dengan sijil dan terdapat cetakan khas pada
jongkong itu sendiri. Antara adalah emas ‘Public Gold’ yang saya sendiri milikinya hari ini.
Syarikat yang mendapat pengesahan Bank Negara Malaysia lagi :)
Saya disini ingin memaklumkan kepada anda supaya segeralah memiliki emas pertama anda
jika tidak pernah memilikinya. Jika pernah boleh tambah lagi pelaburan anda itu
Dari kajian dan pemerhatian saya, berbeza dengan rakyat negara jiran Thailand yang semakin meminatipelaburan jongkong emas, ini kerana rata-rata orang kita di Malaysia ini masih belum sedar nilainya yang tinggi…
Emas diterima di seluruh dunia. Seandainya anda pergi ke sesebuah negara dan kehabisan
tunai, emas anda dijamin boleh menjadi pengganti!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Fakta Jongkong Emas:
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
1) Ketul logam emas yang berbentuk empat segi
2) Jongkong emas dihasilkan dengan menggunakan
kira-kira 99.999% emas tulen.
3) Setiap jongkong emas mempunyai Sijil Ketulenan
yang disahkan oleh Certified Assayer.
4) Terdapat jongkong emas dengan berat 20 gram,
50 gram, 100 gram dan 500 gram.
5) Jongkong emas yang popular adalah emas 916
dan 999.
Jadi, jangan tunggu lagi…
Miliki jongkong emas anda hari ini, lihat harga semasa di laman publicdinar.com.my dan hubungi saya untuk memilikinya hari ini juga…
Ps – Suka saya kongsikan satu kata-kata dari
Thomas Jefferson…
“Jika anda menginginkan sesuatu yang belum
pernah anda miliki, Anda harus bersedia
melakukan  sesuatu yang belum pernah anda
lakukan.Lakukan dan capai apa yang anda mahu!”
Ikhlas,
ROHAYA SULIMAN
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Mahu Memiliki Dinar Emas? Hubungi Saya:
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
ROHAYA SULIMAN
Dealer Emas Berdaftar Public Gold
Semenanjung Malaysia, Sabah & Sarawak
TELEFON:
013-4110175
EMAIL :
rsarowanaemas9@gmail.com

Thursday 3 November 2011

CARA MENJADI DEALER PUBLIC GOLD//RAKAN KONGSI SAYA

  • CARA MENDAFTAR SEBAGAI DEALER

    1- SMS nama penuh, no IC, alamat Email,no acc Maybank atau Public Bank & Item yang mahu dibeli ke 013-4110175.Jika melalui web login,di bahagian komen masukkan nama introducer :ROHAYA SULIMAN A10130 PG 015340
    2- Saya akan lock item yang anda mahu berdasarkan harga semasa Public Gold
    3- Saya akan  daftarkan dealer dan lock order melalui email/sms.

    4- PG akan call anda untuk pengesahan dan Sales Order ( SO)akan di Email kepada anda.

    5- Setelah bayaran dibuat, Email kan resit pembayaran ke payment@publicgold.com.my / fax ke 04-6464916. Nyatakan no Sales Order anda di dalam slip bayaran tersebut.

    6- Hubungi PG Penang 04-6441835, minta sambung ke Payment Dept. dan semak jika mereka telah menerima resit bayaran anda.

    7- Minta mereka berikan approval dan nyatakan cawangan mana anda mahu collect stock.

    8- Hubungi cawangan tersebut dan nyatakan bahawa anda mahu collect stock untuk Sales Order No PGx-xxxxxx. Minta mereka sediakan Invoice dan Delivery Order (DO)

    9- Ambil stok emas anda dan mulakan menyimpan emas  + meniaga emas.

    Selebihnya saya akan bimbing bagaimana untuk memulakan dan pelbagai maklumat lain

    Apakah Keistimewaan menjadi Normal Dealer 
    1. Jika anda  ingin membuka kedai emas mungkin modal jutaan ringgit tapi dengan Public Gold hanya beli  produk Public Gold sahaja mengikut harga semasa.Kita mempunyai kelebihan menjadi pengedar emas bergerak.
    2. Tiada yuran keahlian dan boleh dianggap sebagai menyimpan emas sambil berniaga emas.
    3. Produk Public Gold sangat senang dijual. Ini kerana Public Gold menjual emas  dengan harga yang lebih rendah berbanding harga kedai emas. Perbezaan diantara harga belian dan jualan sekitar 5% – 6% adalah sangat kecil.
    4. Stok yang sentiasa ada. Walau harga emas naik atau turun, kita tetap boleh order daripada Public Gold menggunakan kaedah online / sms / call  ataupun email 24 jam /7 hari seminggu.
    5. Gold bar Public Gold tetap diterima walaupun calar dan bengkok, asalkan beratnya tetap sama.
    6. Agen diberi pamplet oleh syarikat dan saya sendiri.
    7. Public Gold memberi komisyen sebanyak 1%- 2%  untuk jualan dan 0.5% untuk belian semula. Maksudnya, kalau anda order stok daripada Public Gold maka anda akan dapat komisyen 1%-2% (daripada nilai jualan). Contoh anda beli emas 100g, berharga RM15585.00 . So, komisyen anda adalah (RM15585.00 x 1.5% =rm233.77).Anda mendapat potongan harga (dibayar dalam bentuk komisen) setiap kali anda membeli dengan Public Gold.
    8. Jika anda menjual emas semula kepada Public Gold, maka anda akan dapat 0.5% komisyen (daripada nilai keseluruhan emas).Namun pilihan lain yang anda ada ialah menjual kepada  pelanggan kerana anda boleh jual dengan harga semasa yang lebih tinggi.Jika menjual dengan dealer pula,anda boleh tawarkan harga tengah-tengah yang turut menguntungkan.
    9. Jika anda pandai mengatur strategi, maka anda boleh mendapat komisyen yang lebih tinggi seperti 5% ke 6% untuk setiap jualan.
    10. Tiada target jualan bulanan. Anda akan dapat komisyen berdasarkan nilai jualan emas anda.Kalau jual 1 dinar pun tetap akan dapat komisyen jualan.
    11.Boleh menyebarkan tentang kebaikan menyimpan emas dan perak,seterusnya menjadi pembekal kepada mereka.
    Tahukah anda?
    USD mempunyai rezab emas terbanyak di dunia,iaitu 74%?Sedangkan Malaysia hanya mempunyai rezab emas sebanyak 1.4% sahaja.Mengapakah negara yang menguasai wang kertas dan mencetak wang sesuka hati mereka ini menyimpan emas sebanyak itu?Anda kaji,anda akan dapat jawapannya.
    Menyimpan wang kertas bukanlah tindakan yang bijak kerana:
    1.Wang kertas susut nilai jangka masa panjang
    2.Wang kertas mengalami inflasi
    3.Tidak bersandarkan  sesuatu yang berharga dan nilainya diberi oleh kerajaan yang memerintah.Jika berlaku darurat,peperangan ,bencana alam dan krisis ekonomi,ia tidak bernilai lagi.
    4.Wang kertas boleh dicetak sesuka hati dan US boleh merompak harta benda di seluruh dunia dengan memperdagangkan matawang mereka.Mereka buat kita percaya wang mereka berharga.Mahukah kita terus ditipu?
    5.Wang kertas jika terbakar,koyak sudah tidak bernilai,sedangkan emas sebaliknya dan kontra kepada semua yang tertulis di atas.
    6.Ya,kita masih memerlukan wang kertas,tetapi cukuplah sekadar sebagai medium pertukaran on the spot.Simpanlah emas dan perak sebagai penyimpan nilai yang baik kerana ia tidak susut nilai,kalis inflasi dan merupakan aset terunggul selain rumah dan hartanah.
    Cuba anda fikir,emas dan perak boleh disimpan sedikit demi sedikit dan digunakan sedikit demi sedikit juga jika memerlukannya,dan mampu dimiliki walaupun 1 gram.Tukarkan emas dan perak anda hanya kepada 4 perkara berikut :
    1.Rumah
    2.Hartanah
    3.Modal bisnes
    4.Keperluan atau mengalami kesusahan (kelebihannya anda masih ada pilihan memajak,dan tebus ikut kemampuan-dapat guna wang,harta pun tak luak)




    Berdasarkan  senarai yang saya senaraikan diatas , tiada alasan untuk anda tidak menceburkan diri dalam perniagaan emas. Emas bukanlah produk yang mana perlu dijaja supaya orang membeli , cukuplah dengan berkongsi kepentingan menyimpan emas. Bila mereka sudah mengetahui kepentingan emas , InsyaAllah mereka akan membelinya. Saya sendiri juga akan sentiasa memberi tunjuk ajar kepada anda  bagi memastikan kita sama-sama berjaya.
    Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah S.A.W bersabda:
    “Akan tiba satu zaman di mana tiada apa yang tinggal dan boleh digunakan oleh umat manusia,maka simpanlah Dinar (emas ) dan Dirham (perak)
    (Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal)
    Emas dan perak adalah wang yang paling stabil di dunia. Lindungilah kekayaan anda dengan menyimpan emas dan perak.

    Inflasi sifar selama 1400 tahun.
    Sebarkanlah kebaikan menyimpan emas dan perak ini kepada seberapa ramai orang yang anda mampu.
    PERHATIAN!
    PELUANG UNTUK MENJADI DEALER RM20K DAN PRIORITY DEALER RM100K
    HUBUNGI SAYA SEGERA UNTUK KETERANGAN LANJUT..
    SEGALANYA MENJADI MUDAH DI HUJUNG JARI
    (BIMBINGAN SECARA LIVE UNTUK KAWASAN TERTENTU DISEDIAKAN)

PUBLIC GOLD

PENGENALAN

Simpanan Emas dgn Public Gold
Public Fine Gold International Gold Sdn. Bhd. (Public Gold) merupakan sebuah syarikat di Malaysia yang menawarkan dinar, gold bar ,silver barang kemas untuk tujuaan simpanan/pelaburan.

Syarikat yang berpusat di Bukit Jambul, Pulau Pinang ini mengeluarkan produk atas jenama Public Gold.
Public Gold telah mengembangkan sayap mereka dengan membuka cawangan di  Penang Bishop,Ipoh,Sg.Petani,Kota Bharu,Sunway ,Kuantan,Kuching dan Kuala Terengganu.Cawangan yang  bakal menyusul ialah Melaka,Miri,Ampang ,Kota Kinabalu dan beberapa tempat lagi.Public Gold telah ditubuhkan sejak tahun 2008 lagi dan memberi pilihan yang terbaik kepada semua,sama ada pembeli atau pengedar emas.Public Gold mampu berkembang kerana mempunyai sistem yang memudahkan urusan dan mantap.
Laman web Public Gold boleh dilawati di www.publicgold.com.my

Dinar                     = www.publicdinar.com.my
Barang kemas      = www.publicjewellery.com.my

Produk

Produk

Public Gold menawarkan pelbagai produk kepada pembeli.
Untuk syiling emas cuma terdapat 1 saiz iaitu 50 gram (emas 24K)

Gold bar :

-20g,50g,100g dan 250g
Setiap gold bar,dinar  dan silver bar ada siri nombor dan certificate.

Bagi emas 916 pula..dinar emas Public Gold dikeluarkan di dalam 3 nilai iaitu:

- 1 dinar         4.25 g              - 5 dinar       21.25g                                - 10 dinar     42.5g
Silver bar 
- 250g , 500g dan 1kg 
Barang kemas Public Jewellery (emas 916)
Harga :
Berubah 20 minit sekali berkadaran dengan harga ‘spot gold’ mengikut pasaran antarabangsa

Belian balik :
Public Gold memberi jaminan membeli semula produk dengan spread  (beza harga jual dan beli) yang rendah.
-spread gold bar  dan dinar =5%-6%
-spread silver = 15%
KENAPA MEMILIH PUBLIC GOLD?

1. Syarikat yang kukuh dan semakin berkembang. Walaupun baru 3  tahun bertapak, tapi kemana-mana saja dikenali ramai.Tidak mempunyai masalah ketiadaan stok kerana mempunyai kilang mereka sendiri
2.Konsep yang terbaik (simpanan/Pelaburan dan jual beli emas)

3. Dapat pengiktirafan dari " The Malaysia Book of Record": Public Gold menjadi syarikat pertama mencipta rekod di The Malaysia Book of Record sebagai pengeluar gold bar tempatan pertama yang dapat pengiktirafan ketulenan dari assayer dan mendapat kelulusan dari BNM.
4. Boleh membeli 24 jam sehari 7 hari seminggu-bagi yang baru boleh beli melalui dealer anda kerana ia lebih mudah.Ada pelbagai cara untuk membeli-rujuk dealer anda
5. Memberi spread yang rendah berbanding syarikat pengeluar emas yang lain iaitu hanya sekitar 5%-6% dari harga ‘We Sell’.

6. Dapat sambutan hangat penggemar emas seluruh malaysia berbanding syarikat pengeluar emas yang lain.
7. Ketulenan emas PG (Public Gold) dan PD (Public Dinar) telah disahkan oleh Assayer. Emas yang telah disahkan ketulenannya adalah dinar dan gold bar 20g, 50g dan 100g. Dengan adanya Certificate Assayer ni, kita tidak ragu-ragu lagi dengan ketulenannya.

8. PG dan PD boleh digadaikan di mana-mana Ar-Rahnu (pilihan terbaik ialah ar rahnu Agrobank-upah termurah)

9. Mudah mengetahui harga semasa PG dan PD samada melalui website, sms dan melalui akhbar.

10. Public Gold memberi jaminan akan membeli kembali emas PG dan PD walaupun bercalar, kemek bungkusan telah dibuka asalkan berat masih sama.
TIPS PELABURAN
1.Penyimpan
Sebagai penyimpan,anda beli mengikut kemampuan anda. Jika anda mempunyai simpanan di bank,boleh keluarkan ¾ daripada simpanan tersebut untuk membeli emas dan perak.Berdasarkan pengalaman saya sendiri dan pelanggan-pelanggan yang sebelum ini penyimpan tegar amanah saham dan koperasi.
Kemudian,rancang bajet anda.Setelah ditolak perbelanjaan,berapakah baki yang tinggal.Ini penting untuk anda mengetahui kemampuan anda  atau membuat belian bulanan secara konsisten.Contohnya,1 dinar 1 bulan.
 2.Penyimpan merangkap Dealer/peniaga
Beli semaksima yang anda mampu (ambil kira dahulu faktor lain).Sebahagian untuk simpanan sendiri dan sebahagian lagi untuk dijadikan stok untuk perniagaan.Apabila anda mempunyai banyak stok,dan dibeli awal,anda tak perlu gusar apabila pelanggan membuat tempahan.Komisen pun anda dapat,keuntungan juga anda perolehi kerana harga emas semakin naik.Anda juga dapat menjimatkan masa,minyak dan tenaga untuk pergi ambil stok di cawangan.
Anda tak dapat jual-anda masih untung kerana harga emas makin naik.
Anda jual-anda untung kerana anda dapat komisen dan buat tempahan dengan PG
Anda beli-tetap untung kerana beli dengan harga ‘We Buy’ dan boleh jual kepada pelanggan yang sedia membeli dengan anda.Jual dengan harga ‘We Sell’.Anda untung 5%-6% .
Anda juga berpeluang membeli emas dengan harga yang lebih murah dari harga web kerana dealer2/pembeli yang menjual setelah mereka untung selalu membuat jualan ini di laman social dan forum.Hanya perlu rajin mencari dan saya akan bantu sediakan platform kepada anda.